Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Afgan Beri Ucapan Hari Lahir, Siap Panggil Rossa Dengan Nama Manja

Umum mengetahui tentang hubungan mesra antara selebriti popular, Afgan dan Rossa yang sering mencuri perhatian ramai terutama dalam kalangan peminat.

Baru-baru ini, Afgan atau nama penuhnya Afgansyah Reza menitipkan ucapan buat penyanyi lagu Pudar itu sempena ulang tahun kelahiran ke-44.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, dia yang memanggil Rossa sebagai ‘Bubu’  memberikan kata-kata penghargaan sepanjang 12 tahun mengenali antara satu sama lain.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Afgan (@afgan__)

“Selamat hari lahir bubu @itsrossa910! Banyak yang telah kita harungi bersama selama 12 tahun yang lalu.
“Suka dan duka dilalui, awak menjadi penyelamat saya,” tulis penyanyi yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta itu.

Dalam hantaran sama, Afgan turut mendoakan wanita berstatus ibu tunggal anak satu itu supaya sentiasa menjalani kehidupan yang diimpikan.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Afgan (@afgan__)

“Saya harap awak terus menjadi berkat bagi semua orang di sekeliling, menjalani kehidupan yang awak inginkan dan banggakan.
“Saya harap awak tahu bahawa awak disayangi oleh ramai orang. Saya sangat bangga dengan awak,” katanya lagi.

Tidak cukup di situ, Rossa kemudian membalas ucapan tersebut di ruangan komen dengan mengucapkan terima kasih selain mengakui dia bertuah memiliki lelaki itu dalam hidupnya.

Sumber: Instagram Afgan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd