Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ada Rekod Jenayah Lampau! Suspek Kurung, Liwat Remaja 14 Tahun Pernah Disabit Kes Rompak & Rogol

Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini merupakan bekas banduan yang pernah dipenjara atas beberapa kesalahan jenayah serius sebelum ini.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu didapati mempunyai rekod lampau membabitkan kes rogol, rompak dan mengurung seorang wanita pada tahun 2007 sebelum disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, semakan mendapati suspek pernah menerima hukuman penjara berhubung kesalahan terbabit.

“Semakan telah dibuat memang suspek ada rekod jenayah lampau sepertimana dinyatakan dan juga telah terima hukuman,” katanya ringkas hari ini.

Berdasarkan semakan, lelaki terbabit pernah dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang pada 2008 selepas didapati bersalah merogol seorang pegawai perhubungan tetamu wanita berusia 24 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah sama turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap bekas ejen pelancongan itu atas kesalahan merompak selain enam bulan penjara kerana mengurung mangsa.

Kesemua hukuman tersebut diperintahkan berjalan bermula dari tarikh tangkapan pada 19 Disember 2007.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja lelaki melalui detik hitam apabila bukan sahaja dikurung selama tiga jam malah diliwat suspek dalam kejadian di sebuah unit pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.05 pagi selepas suspek dilihat mendekati mangsa sebelum berjalan bersama berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan pakej internet telefon bimbit sebelum meminta remaja itu membantu mengangkat barang di rumahnya.

Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Roman Travel mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sebuah acara pesta air, Rain Rave Water Music Festival...

Lokal

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang merupakan bekas suami kepada wanita koma, Jahidah Nordin sekali lagi berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah...

Lokal

Seorang murid lelaki Tahun 5 sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, Melaka cedera dipercayai terjatuh dari koridor sekolah ketika cuba mengambil kasut rakannya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd