Amat tragis sungguh apabila melihat keadaan mayat seorang pegawai polis dari Thailand yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semalam.
Memetik laporan Thaiger, mayat pegawai polis, Naphatrapee Worawongwaylarath 30, dari Balai Polis Wilayah Chainart ditemui dalam keadaan kepalanya terputus dari badan.
Difahamkan, ia berikutan selepas kereta sedan Honda Civic berwarna hitam dipandunya tertusuk penghadang jalan sepanjang 10 meter. Menurut laporan, kenderaan mangsa ditemui di lorong sebelah kiri jalan.
Laporan akhbar Thairath menyatakan Naphatrapee memandu kereta tersebut dalam keadaan laju selepas pulang dari tempat kerjanya. Malah, dia juga dikatakan cuba memotong kereta lain di hadapan sebelum hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan.
Rempuhan tersebut telah menyebabkan penghadang jalan tersebut beralih dari tempatnya. Seterusnya kereta mangsa berpusing di jalan sebelum merempuh tiang elektrik berhampiran dan berhenti.
Kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.15 tengah malam (waktu tempatan) di Jalan Phahonyothin di hadapan Sekolah Wat Laem, wilayah Chai Nat.
Sumber: Thethaiger