Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Op Sky: SPRM Tidak Bekukan Akaun Selebriti

Tiga selebriti dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dalam operasi Op Sky yang melibatkan syarikat perunding kewangan.

SPRM tidak beku akaun selebriti dalam dalam Op Sky

Op Sky

Foto: Berita RTM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan ketiga-tiga individu tersebut hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi melengkapkan siasatan tentang peranan mereka dalam mempromosikan pakej syarikat berkenaan kepada penjawat awam.

“Buat masa ini, kami melihat ketiga-tiga individu ini sebagai pempengaruh (duta) kepada syarikat berkenaan. Mereka dipanggil bukan sahaja untuk melengkapkan siasatan.
“Tapi juga bagi meneliti mengapa syarikat itu menggunakan selebriti untuk mempromosikan pakej mereka kepada penjawat awam, khususnya dalam permohonan pinjaman dari institusi kewangan,” katanya dalam sidang media berhubung perkembangan pencegahan SPRM di Putrajaya.

Artikel lain: SPRM Tumpas Sindiket Seludup Vape Di Kargo KLIA, Negara Rugi Kutipan Cukai RM8 Juta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azam turut menjelaskan bahawa akaun bank selebriti tersebut tidak dibekukan, namun pembekuan hanya melibatkan syarikat perunding kewangan yang terlibat.

“Setakat ini, saya dimaklumkan sejumlah RM18 juta wang dalam akaun yang dibekukan dan duit ini dalam akaun syarikat berkenaan,” tambahnya.
“Kita tidak mempertikaikan bayaran yang mereka terima, tetapi jika jumlah pelaburan yang begitu besar dibuat untuk membayar selebriti, ia menimbulkan kemusykilan kepada kami. Dalam penyiasatan ini, kita melihat kepada semua sudut,” ujarnya.

Op Sky bongkar isu penyelewengan

SPRM sebelum ini mendedahkan bahawa beberapa selebriti menerima bayaran sehingga RM400,000 dalam tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat tersebut.

Beliau mendedahkan syarikat berkenaan menggunakan modus operandi dengan meminta peminjam untuk melabur kembali wang mereka ke dalam syarikat tersebut selepas pinjaman diluluskan.

“Ini satu lagi perkara yang perlu kita lihat sama ada ia mungkin berlaku dan kesalahan ini dipanggil pengambilan deposit secara tidak sah,” katanya.

Sumber: Berita RTM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor....

Lokal

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu. Prebet Muhammad hilang Menurut laporan Kosmo! Online, bapa...

Lokal

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Menurut laporan...

Nasional

Mulai esok, seramai 4.37 juta pekerja di negara ini akan menikmati kenaikan gaji minimum kepada RM1,700, berbanding RM1,500 sebelum ini. Memetik laporan Harian Metro,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd