Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tunjuk Kasih Sayang, Udit Narayan Pertahan Tindakan Cium Peminat

Penyanyi Bollywood, Udit Narayan pertahan tindakan cium peminat yang hadir pada konsertnya selepas dia menerima kecaman ramai susulan tular beberapa video memaparkan dia melakukan perkara itu.

Memetik laporan Bollywood Hungama, Udit menjelaskan perbuatannya itu hanya sekadar menunjukkan rasa penghargaannya terhadap peminat setianya.

Udit Narayan pertahan tindakan cium peminat wanita

Udit Narayan Pertahan Tindakan Cium Peminat

Ujarnya, dia tidak akan melakukan perkara yang memalukan dirinya, keluarga dan negara disamping menegaskan hubungannya bersama peminat sangat mendalam dan video tular itu hanyalah manifestasi kasih sayangnya terhadap peminat.

“Kenapa saya perlu melakukan perkara yang memalukan ketika saya sudah mencapai semua yang saya inginkan? Peminat dari seluruh dunia berpusu-pusu datang ke konsert saya.
“Ikatan antara saya dan peminat sangat mendalam, tulus dan tidak dapat diputuskan. Apa yang dilihat pada video yang dikatakan skandal itu hanyalah manifestasi kasih sayang antara saya dan peminat.
“Mereka sayang saya, dan saya lebih sayang mereka,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 70 tahun itu menegaskan dia juga tidak berasa malu terhadap kejadian tersebut namun berterima kasih terhadap individu yang menularkan video tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: T.O.P Tidak Akan Kembali Sertai BigBang, Masih Rasa Bersalah Dipenjara 10 Bulan

“Saya tak malu, kenapa perlu malu? Saya rasa benda itu kelakar. Ia bukan rahsia yang kotor. Hati saya suci.
“Jika ada yang melihat kasih sayang saya sebagai sesuatu yang buruk, saya rasa kasihan terhadap mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka,” ujarnya.

Tak ada rasa malu, Udit Narayan pertahan tindakan cium peminat

Jelasnya, dia berterima kasih kepada individu yang menularkan video tersebut kerana ia telah membuatkan penyanyi bahasa Hindi itu lebih terkenal.

Sementara itu, Udit memaklumkan bahawa video tersebut merupakan rakaman pada konsertnya beberapa bulan lalu di Amerika Syarikat atau Kanada.

Dakwanya, berkemungkinan ada yang mahu menjatuhkan kredibilitinya dengan memuat naik video konsert yang sudah lama berlalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sememangnya ada yang mencurigakan tentang perkara ini. Kenapa video itu tiba-tiba muncul, dan ia dari konsert beberapa bulan lalu di Amerika Syarikat atau Kanada?
“Saya ingin memberitahu kepada para pemfitnah, semakin anda cuba jatuhkan saya, semakin saya kuat untuk bangkit,” ujarnya.

Hanya tunjuk kasih sayang, Udit Narayan pertahan tindakan cium peminat

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan Udit mencium tiga orang peminat wanita yang telah menghadiri konsertnya.

Pada video tersebut, peminat-peminat wanita tersebut sedang mengambil foto bersama Udit sebelum penyanyi itu mencium mereka di bibir.

Sumber: Bollywood Hungama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Model kecerdasan buatan (AI) dari China iaitu DeepSeek berjaya kalahkan ChatGPT, model AI dari AS yang mendominasi sebelum ini sekaligus melonjak ke tempat pertama...

Dunia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor....

Lokal

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu. Prebet Muhammad hilang Menurut laporan Kosmo! Online, bapa...

Lokal

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd