Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MOTAC Batal Lesen Syarikat Al-Quds Umrah & Tours Sdn Bhd

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atau MOTAC batal lesen syarikat Al-Quds Umrah & Tours (M) Sdn Bhd berkuat kuasa mulai 24 Januari lalu.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata pembatalan lesen itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

MOTAC batal lesen syarikat Al-Quds Umrah & Tours Sdn Bhd

MOTAC Batal Lesen Syarikat Al-Quds Umrah

“Kementerian ini memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, MOTAC telah menggantung lesen syarikat berkenaan pada November lalu dan ia berkuat kuasa mulai 9 Julai 2024 sehingga 19 Januari 2025.

Dalam kenyataan pada 8 November lalu, penggantungan lesen syarikat itu selaras dengan Akta 482.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Waktu Menunggu Di Klinik Kerajaan Dipendekkan Dari 3 Jam Kepada 30 Minit – KKM

Kenyataan itu turut menjelaskan dalam tempoh penggantungan lesen berkuatkuasa, syarikat tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu.

Jaga kebajikan rakyat, MOTAC batal lesen syarikat Al-Quds Umrah & Tours Sdn Bhd

Sementara itu, pada Oktober tahun lalu, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Sabah membenarkan tuntutan pampasan ganti rugi berjumlah RM10,000 oleh dua individu terhadap syarikat berkenaan.

Keputusan itu selepas pendengaran kes dikemukakan Kasmah Arifin, 55 dan Muliana Samin, 44, terhadap syarikat berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi tuntutan yang dikemukakan, syarikat itu didakwa gagal membawa penuntut untuk mengerjakan ibadah umrah dan badal haji pada tarikh yang ditetapkan walaupun bayaran keseluruhan untuk pakej yang ditawarkan itu masing-masing sebanyak RM6,000 dan RM4,000 telah dijelaskan sepenuhnya oleh kedua-dua penuntut.

Berikutan itu, kedua-dua mangsa yang berasakan diperdaya syarikat berkenaan kemudiannya tampil memfailkan tuntutan kepada TTPM.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd