Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Nahas Jeju Air: Anjing Setia Tunggu Kepulangan Tuan

Seekor anjing bernama Pudding yang kehilangan kesemua sembilan ahli keluarga tuannya dalam nahas tragis Jeju Air telah diselamatkan.

Foto: South China Morning Post

Menurut laporan The Chosun Daily, pertubuhan kebajikan haiwan Korea Selatan, Coexistence of Animal Rights on Earth (CARE), telah berkongsi di Instagram pada 31 Disember lalu bahawa mereka telah menyelamatkan Pudding yang sedang berkeliaran sendirian di sebuah kampung tanpa penjaga.

“Cara Pudding berlari ke arah kami sebaik sahaja melihat kami membuatkan kami percaya ia telah menunggu keluarganya,” kongsi organisasi tersebut.

Pudding sebelum ini adalah milik mendiang Bae, 78 tahun, mangsa tertua dalam nahas Jeju Air dan keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

CARE bergegas ke Yeonggwang, Wilayah Jeolla Selatan selepas menerima laporan dan liputan media mengenai Pudding yang ditinggalkan bersendirian.

Nahas Jeju Air

Foto: The Korea Times

Artikel lain: 68,000 Penumpang Dilapor Batalkan Tempahan Selepas Nahas Jeju Air

CARE memutuskan untuk menyelamatkan anjing itu selepas membuat pertimbangan tentang risiko Pudding berkeliaran tanpa penjaga dan mendapat persetujuan daripada keluarga si mati di rumah pengebumian untuk menjaga buat sementara waktu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bae sedang dalam perjalanan pertamanya ke luar negara ke Thailand bersama keluarganya untuk meraikan ulang tahun ke-80 apabila kemalangan tragik itu berlaku.

Sumber: The Chosun Daily 

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat individu, iaitu dua wanita dan dua lelaki tempatan dilaporkan maut selepas hadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya pada malam Rabu. Menerusi...

Lokal

Penemuan mayat dalam keadaan reput di Banting, Selangor pada Isnin dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang pada...

Lokal

Susulan kes seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang, polis telah mengesahkan penemuan mayat reput dalam sungai di Banting pada 28 Disember lalu, adalah milik...

Lokal

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah menjalankan operasi di sebuah hotel di Taman Perling melibatkan penahanan sembilan individu Islam yang terlibat dalam pesta...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd