Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

68,000 Penumpang Dilapor Batalkan Tempahan Selepas Nahas Jeju Air

Berlaku lonjakan penumpang batalkan tempahan pakej pelancongan dan tiket penerbangan pada Isnin susulan kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan meningkat selepas nahas Jeju Air yang meragut 179 nyawa.

Memetik laporan Yonhap, Jeju Air Co. mendedahkan bahawa sebanyak 68,000 tempahan penerbangan telah dibatalkan setakat 1 tengah hari pada Isnin.

68,000 penumpang batalkan tempahan selepas nahas Jeju Air

 Penumpang Batalkan Tempahan Selepas Nahas Jeju Air

Daripada jumlah itu, lebih 33,000 pembatalan melibatkan penerbangan domestik manakala 34,000 lagi adalah untuk laluan antarabangsa.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa kebanyakan pembatalan berlaku selepas 9 pagi Ahad, susulan nahas penerbangan 7C2216 di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, daerah Muan yang membawa 181 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PM Zahir Ucapan Takziah, Dukacita Insiden Pesawat Terhempas Babit Warga Korea Selatan Dan Thailand

Agensi pelancongan tempatan itu turut melaporkan peningkatan mendadak dalam pembatalan pakej pelancongan selepas tragedi itu disamping banyak agensi telah menghentikan iklan di televisyen dan platform dalam talian serta kempen promosi.

 Penumpang Batalkan Tempahan Selepas Nahas Jeju Air

“Kami menerima kira-kira 40 pertanyaan berkaitan pembatalan perjalanan pada Ahad. Kami menyaksikan jumlah pembatalan meningkat dua kali ganda daripada biasa dan penurunan tempahan sebanyak 50 peratus,” kata seorang ejen pelancongan yang enggan dikenali.

Sumber industri menyatakan bahawa sektor pelancongan sedang memantau situasi ini dengan teliti, menjangkakan kesan berterusan apabila kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan penerbangan terus meningkat.

Sumber: Yonhap

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Lokal

AirAsia tampil memohon maaf secara terbuka dan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih inklusif susulan insiden sebuah keluarga tidak dibenarkan meneruskan penerbangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd