Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Titah Agong Tentang Tahanan Rumah Untuk Najib – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Jabatan Penjara tidak menerima sebarang titah tambahan Yang di-Pertuan Agong mengenai tahanan rumah untuk Najib Razak.

Saifuddin jelas tiada titah tahanan rumah untuk Najib

Tahanan Rumah Untuk Najib

Foto: Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Menurut laporan malaysiakini, kenyataan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan semakan kehakiman bagi menguatkuasakan titah tersebut.

“Tidak ada yang menyebut tentang tahanan rumah,” kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Surat bertarikh 2 Feb 24 kepada Jabatan Penjara hanya menyatakan pengurangan hukuman dan denda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: UMNO Mohon Agong Beri Pengampunan Penuh Buat Najib

Perintah dalam surat tersebut, dedah Saifuddin, berbunyi: “Maka oleh yang demikian beta Sultan Abdullah dalam menjalankan kuasa yang terletak hak pada beta oleh Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, dan semua kuasa lain yang membolehkan bagi maksud itu, adalah dengan ini memerintahkan bahawa Datuk Seri Najib Abdul Razak dibebaskan pada tarikh pembebasan awal 23 Ogos 2028, dan denda dikurangkan kepada RM50 juta, sekiranya denda tak dibayar tempoh penjara Najib ditambah selama setahun iaitu 23 Ogos 2029.”

“Bagaimana, nak jalankan tahanan rumah sekiranya tidak ada perintah,” tambah Saifuddin.

Surat tersebut ditandatangani oleh Agong selaku pengerusi Lembaga Pengampunan dan disaksikan oleh Zaliha Mustafa, bekas menteri Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Najib sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: malaysiakini (Nantha Kumar)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Roman Travel mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sebuah acara pesta air, Rain Rave Water Music Festival...

Lokal

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang merupakan bekas suami kepada wanita koma, Jahidah Nordin sekali lagi berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah...

Lokal

Seorang murid lelaki Tahun 5 sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, Melaka cedera dipercayai terjatuh dari koridor sekolah ketika cuba mengambil kasut rakannya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd