Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pelawak Ditahan Di Arab Saudi, Kementerian Luar Beri Bantuan

Kementerian Luar mengesahkan penahanan pelawak terkenal di Arab Saudi dan memaklumkan sudah menghulurkan bantuan konsulat kepada lelaki tersebut.

Memetik laporan Malaysiakini, usaha berterusan dilakukan oleh kementerian berkenaan untuk memastikan undang-undang tempatan melindungi hak rakyat Malaysia di luar negara.

Kementerian Luar Mengesahkan Penahanan Pelawak Terkenal Di Arab Saudi

Penahanan Pelawak Terkenal

Foto: Malaysiakini

“Kementerian akan menyelaras rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menangani situasi itu dan komited untuk memberikan sokongan yang sewajarnya selain menegakkan prinsip kerahsiaan dan maruah untuk semua rakyat Malaysia di luar negara.
“Kami menggesa media supaya menghormati privasi individu dan keluarga mereka semasa masa sukar ini. Perkara sebegini sesuatu yang sensitif dan tidak boleh dianggap sebagai peluang untuk spekulasi atau gosip,” katanya pada Khamis.

Terdahulu, media melaporkan pelawak yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober tahun lalu memiliki dadah serta menjalani hukuman penjara enam bulan di negara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hukuman telah dijatuhi ketika perbicaraan kes tersebut pada November tahun lalu.

Penahanan Pelawak Terkenal

Foto: Harian Metro

Artikel lain: Buat Main Judi, Pelawak Tak Segan Mengaku Scam Jimin BTS Lebih RM300k

Pada masa sama, pelawak itu berkemungkinan memiliki peluang untuk dibebaskan lebih awal jika dia berkelakuan baik sepanjang tempoh hukuman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh turut mengesahkan penahanan seorang warga Malaysia di Jeddah yang disyaki memiliki ganja namun identiti pelawak terbabit tetap dirahsiakan.

Ekoran pelbagai faktor, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh serta Konsulat Malaysia di Jeddah juga tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai kes berkenaan.

Difahamkan, pelawak itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi ketika dalam perjalanan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Politik

Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam...

Sosial

Baru-baru ini, seorang anggota polis Din Helmy berkongsi satu pengalaman yang menyentuh hati orang ramai melalui satu hantaran di akaun TikTok miliknya. Menerusi video...

Dunia

Proses pemilihan Paus baharu dimulakan di Vatican hari ini dengan dijadualkan seramai 133 kardinal akan berkumpul di Gereja Kecil Sistine bagi mengikuti pemilihan tersebut....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd