Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Galak Gaya Hidup Sihat, 3,000 Orang Sertai PTPTN Run 2024

Seramai 3,000 peserta telah menyertai larian santai (fun run) PTPTN Run 2024 yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad melibatkan kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dusuki Abdul Majid berkata program ini merupakan salah satu usaha murni mereka dalam menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Amalan ini tidak hanya memberikan kesan positif kepada kesihatan fizikal, tetapi juga memberi impak yang baik kepada kesihatan mental dan emosi seseorang.
“Besar harapan saya, program larian ini dapat menyumbang kepada pembentukan komuniti sihat sekaligus dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan membangunkan produktiviti negara.
“Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan semasa PTPTN Run 2024 ini berlangsung. Antaranya, senamrobik, slot kuiz PTPTN, pembukaan booth PTPTN dan acara cabutan bertuah dengan 10 hadiah lumayan berjumlah RM10,000 menanti peserta terlibat,” katanya.

Menerusi acara larian fun run itu, PTPTN bertindak sebagai penaja utama manakala Koperasi Pusat Pungutan Zakat (KoPPZ) sebagai penganjur.

PTPTN Run 2024 melibatkan jarak larian sejauh 3 kilometer, 5 kilometer dan 7 kilometer bagi menerapkan budaya hidup yang lebih sihat dan cergas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penganjurannya juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN dalam menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui sukan.

Pada masa yang sama, larian santai ini juga diadakan sebagai penghargaan kepada para pelanggannya yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada PTPTN.

PTPTN merupakan agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan peneraju pendidikan utama negara percaya modaal insan yang berkualiti.

Ia memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kemajuan negara dengan melahirkan individu yang berdaya tahan, inovatif dan proaktif serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, sokongan kuat dan berterusan dari masyarakat terhadap program seperti ini dapat menyumbang kepada pembentukan komuniti yang memiliki badan cergas, minda cerdas sekaligus dapat menyemai gaya hidup sihat dan meningkatkan produktiviti negara.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd