Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKM Sahkan Residu Racun Berbahaya Tidak Libat Anggur ‘Shine Muscat’

Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum berhubung laporan The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) serta beberapa media tempatan berkaitan anggur Shine Muscat yang mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).

Menerusi satu kenyataan, KKM memaklumkan pihaknya melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa memantau dan melakukan penguatkuasaan keselamatan makanan termasuk makanan import berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Foto: Carian Google

Katanya di Malaysia residu racun perosak dikawal di bawah Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang turut merujuk kepada standard antarabangsa Codex.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan data KKM, sepanjang tempoh 2020 sehingga September 2024, sejumlah 5,561 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan import telah dianalisis bagi residu racun perosak dan sejumlah 165 (2.97 peratus) sampel telah didapati tidak mematuhi MRL.
“PKKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan import yang tidak mematuhi MRL termasuk arahan penarikan balik produk di seluruh negara, pelupusan, re-eksport atau pendakwaan kes,” menurut KKM.

Foto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurut kenyataan itu, bagi buah anggur pula, sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut (2020-September 2024)  di mana 4 (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL dan ia tidak melibatkan anggur Shine Muscat.

“Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, dimana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan.
“Dalam hal ini, kelulusan pelepasan di pintu masuk hanya akan diberikan sekiranya keputusan analisa mematuhi MRL yang ditetapkan,” ujarnya.

Foto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Jelasnya, larangan pengimportan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran yang berulang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebagai panduan kepada pengguna, setiap makanan yang diimport dan berbungkus, perlu mengandungi maklumat asas termasuk negara asal produk tersebut.
“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk membaca label sebagai panduan,” ujarnya.

Foto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM menyatakan bahawa pihaknya peka dan prihatin terhadap keresahan pengguna akan perkara ini.

Pihaknya juga sentiasa menjalankan pemantauan di pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan keselamatan makanan adalah terjamin.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd