Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Sekolah Rendah Patah Jari Dilanggar Pemandu Mabuk

Seorang pelajar sekolah rendah dilaporkan patah jari selepas dilanggar kereta yang dipandu lelaki mabuk ketika melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Port Dickson, Supritenden Maslan Udin dalam kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 7.10 pagi melibatkan pemandu kenderaan Perodua Myvi berumur 28 tahun dan seorang pelajar berumur 11 tahun.

Menurut beliau, pemandu berbangsa India itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan akhirnya melanggar pelajar berkenaan.

Ketika kejadian, pemandu berkenaan dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke arah Teluk Kemang dan pelajar berkenaan sedang melintas jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Maklumnya lagi, pihak polis telah melakukan ujian alkohol ke atas pemandu dan hasil menunjukkan bacaan tinggi sebanyak 203mg alkohol/100mL darah dan 153mg alkohol/100mL nafas.

Pemandu tersebut kini berada di bawah tahanan reman sehingga 27 Oktober 2024.

Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 44 (1a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Artis terkenal Indonesia, Irish Bella telah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang usahawan yang berasal dari Aceh, Haldy Sabri selepas bercerai sembilan bulan...

Lokal

Yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska), dijangka meningkat sebanyak 20 hingga 25 peratus pada tahun hadapan, susulan daripada pengumuman kerajaan...

Nasional

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) terkejut dengan usulan pihak kerajaan untuk menerapkan subsidi bersasar dalam perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan. Menurut laporan Utusan Malaysia, Presiden...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited melaksanakan hasrat kerajaan melalui Belanjawan 2025 berhubung bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ia adalah sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd