Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pertunjukan Circus Pertama Kelantan, Hanya Tampilkan Sarkas Lelaki Sahaja

Sebuah sarkas antarabangsa, Great British Circus yang menampilkan ahli sarkas lelaki sahaja akan membuat penampilan sulung di Kelantan yang diperintah oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Acara sarkas tersebut akan diadakan dari 26 Oktober hingga 17 November ini di ibu negeri, Kota Bahru.

Foto: Malay Mail

Memetik laporan The Straits Times, pertunjukan tersebut telah direka khusus untuk Kelantan mengikut keputusan negeri pada tahun 2002.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Piawaian sarkas itu juga hanya membenarkan ahli sarkas lelaki dalam pertunjukan, dan melarang ahli sarkas wanita yang berumur lebih 12 tahun daripada membuat persembahan di hadapan lelaki bagi melindungi maruah mereka.

Foto: Utusan TV

Salah seorang pengasas sarkas tersebut, Biliana Kirilova berkata, mereka telah bekerja keras menyediakan pertunjukan sarkas yang mematuhi garis panduan Kelantan agar dapat menghiburkan penduduk negeri itu.

“Kami telah bekerja keras untuk menghasilkan pertunjukan ahli sarkas lelaki ini yang mematuhi garis panduan peraturan negeri dan berbesar hati dapat membawa Great British Circus dalam bentuk yang dapat dinikmati oleh semua penduduk di sini.”
“Salah satu matlamat kami adalah untuk memastikan sarkas ini dapat disaksikan oleh sebanyak mungkin orang, termasuk mengambil kira pelbagai lapisan masyarakat dari segi bahasa, budaya, agama dan latar belakang ekonomi,” katanya.

Foto: Facebook Great British Circus Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kirilova berkata, bagi menjayakan pertunjukan ini, lebih ramai ahli sarkas lelaki ditambah dalam pertunjukan dengan aksi terbaru akan tetap memukau dan memberikan keseronokan serta hiburan kepada penonton.

Pertunjukan harian bakal diadakan dari 16 Oktober hingga 17 November.

Big Kid Entertainment (M) Sdn Bhd, penerbit sarkas Great British Circus yang berpangkalan di United Kingdom, mempersembahkan pertunjukan sarkas di Malaysia sejak 2014, dan ini merupakan lawatan pertama mereka ke Kelantan.

Foto: Facebook Great British Circus Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada tahun 2002, Kelantan mengumumkan larangan penghibur wanita membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton lelaki.

PAS telah mentadbir Kelantan sejak tahun 1990 dan telah mengenakan peraturan pemisahan jantina di ruang awam seperti pasar raya.

Tindakan terbabit adalah sebagai sebahagian daripada prinsip Islam untuk mencegah aktiviti yang mungkin membawa kepada keburukan.

Pada bulan Jun, negeri itu meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan yang baharu, yang mengenakan denda lebih tinggi sehingga RM50,000 untuk kesalahan seperti pergaulan dan sosial yang tidak terhad antara lelaki dan wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Straits Times (Eileen Ng)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd