Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Operasi Khas Di Pintu Masuk IPD, Enam Anggota Polis Disaman

Seramai 6 orang anggota polis telah disaman ekoran daripada Operasi Khas secara mengejut di pintu masuk IPD Putrajaya pada jam 7;30 pagi hingga 9 pagi semalam.

Menurut laporan Buletin TV3, Kerua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata operasi itu membabitkan seorang pegawai dan lapan anggota trafik serta dua anggota Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS).

Aidi Sham, daripada jumlah saman dikeluarkan, lima daripadanya membabitkan lesen memandu tamat tempoh dan satu tiada lesen memandu.

Foto: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Operasi ini bertujuan memastikan anggota IPD Putrajaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya seperti mempunyai lesen memandu, cukai jalan yang sah dan lain-lain kesalahan trafik,” katanya.

Foto: Astro Awani

Beliau berkata, operasi ini juga bertujuan mendidik dan memberi advokasi terhadap kepentingan kenderaan yang digunakan supaya sentiasa mematuhi spesifikasi serta peraturan yang ditetapkan.

Tambahnya lagi, ia juga dapat menjalinkan ukhwah sesama warga IPD Putrajaya dalam menjaga keselamatan individu dan kepentingan awam.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pelakon filem dewasa, Kae Asakura berkongsi pengalaman tidak menyenangkan sewaktu melawat Kuala Lumpur apabila diganggu dan disentuh individu tidak dikenali pada 28 September lalu....

Dunia

Polis Thailand bakal mendakwa pemandu bas sekolah yang terbakar sehingga mengakibatkan kematian 23 murid dan guru di negara itu pada Selasa selepas suspek serah...

Nasional

Kementerian Pengangkutan (MOT) akur bagi melonggarkan salah satu syarat kelayakan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B...

Lokal

Negeri Johor tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular yang melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd