Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sindiket Bawa Masuk Warga Bangladesh Menyamar Jadi Atlet Sukan Tumpas

Satu sindiket membawa masuk warga asing dalam satu operasi khas di Maluri, Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis.

Foto: Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Menurut kenyataan JIM, Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi yang melibatkan satu pasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, ibu pejabat JIM Putrajaya itu bermula jam 10.38 pagi.

Menurutnya lagi, pasukan operasi telah melancarkan serbuan ke lokasi sasaran dan telah menahan tiga warga Bangladesh yang disyaki terlibat dengan ‘sindiket’ tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Dua lelaki warganegara Bangladesh yang ditahan dikatakan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), manakala seorang lagi telah tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan.

“Turut ditahan di lokasi yang sama adalah 18 orang lagi lelaki warganegara Bangladesh dan kesemuanya berusia di antara 21 hingga 33 tahun.
“Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 21 orang.
“Pasukan operasi telah merampas sebanyak 18 pasport Bangladesh, wang tunai RM990 dan surat jemputan untuk menyertai pertandingan sukan berserta jadual pertandingan di negara ini yang dipercayai palsu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Modus operandi sindiket dipercayai membawa masuk warganegara asing terutamanya dari Bangladesh dengan menyamar sebagai ahli sukan yang berpakaian sukan dan mengenakan kadar bayaran sebanyak RM2,000 hingga RM5,000, setiap seorang.

Sindiket dikatakan telah beroperasi selama empat bulan dan dua lelaki warganegara Malaysia diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesemua warganegara asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3), Seksyen 15(4), Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peratutan-Peraturan Imigresen 1963,” ujarnya.

Foto: Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Menurut Zakaria, JIM akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Sumber: Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd