Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK Mahkota: Pemilihan Calon BN, Syed Hussien Jalani Tapisan Ketat

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota telah jalani proses pemilihan dan tapisan yang ketat.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata proses ketat dan menyeluruh ini bagi memastikan calon yang diputuskan pucuk pimpinan itu betul-betul bersih.

Pemilihan calon BN jalani tapisan ketat

Pemilihan Calon BN Jalani Tapisan Ketat

Foto: Sinar Harian

“Andai mana-mana nama calon mempunyai rekod kesalahan lampau dan sebagainya, pasti ibu pejabat UMNO akan dimaklumkan mengenainya. Sudah tentulah nama tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan sebagai calon untuk mewakili parti,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Malaysia (BERSATU), Badrul Hisham Shaharin mendakwa calon BN bagi PRK Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah mempunyai rekod jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che’gu Bard berkata calon BN itu harus memberikan penjelasan berkenaan laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan kes gaduh dan mencederakan.

Susulan itu, Noor Azleen meminta pengundi di mahkota untuk tidak bimbang dan terpengaruh dengan taktik kotor yang dimainkan Perikatan Nasional (PN).

Pada masa yang sama, Noor Azleen juga berkata pengundi boleh menyakini calon BN, Syed Hussein mampu menjadi wakil rakyat terbaik, efektif dan terkesan.

Proses pemilihan, senarai pendek dan semakan latar belakang  nama calon dibuat melibatkan pelbagai jabatan dan agensi dan dibuat secara menyeluruh dan sangat ketat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemilihan Calon BN Jalani Tapisan Ketat

Fot0: Utusan

“Agensi dan jabatan terlibat termasuklah polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Insolvensi, Imigresen, daftar mahkamah dan lain-lain. Proses ketat dan menyeluruh ini bagi memastikan calon yang diputuskan pucuk pimpinan betul-betul bersih,” ujarnya.

PRK Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon BN, Syed Hussein dengan Perikatan Nasional, Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

DUN Mahkota yang terletak di dalam Parlimen Kluang memiliki keseluruhan 66,318 pengundi berdaftar, dengan 20 pusat mengundi biasa akan dibuka pada Sabtu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd