Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK Mahkota: Jangan Sekat Kempen Di Media Sosial, Biar Gentlemen Dan Adil – PN

Perikatan Nasional (PN) meminta kerajaan untuk berlaku adil dan jangan sekat kempen yang dilakukan oleh gabungan itu di media sosial dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Memetik laporan Sinar Harian, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata persaingan secara sihat perlu diwujudkan antara kedua-dua belah pihak.

Katanya, menggunakan media sosial ketika kempen adalah langkah mudah untuk menarik golongan muda untuk membuat undian.

Jangan sekat kempen PN di media sosial untuk PRK Mahkota

jangan Sekat Kempen pn Di Media Sosial

Foto: Malaysia Gazette

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Harapan saya jangan pula nak sekat atau tarik balik (kandungan yang sudah disiarkan). Biar gentleman dan adil. Jawab hujah dengan hujah, jangan gunakan kuasa yang ada.
“Akses untuk internet di daerah ini tidak mempunyai masalah kerana berada di kawasan bandar berbanding PRK Pelengai sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mesjid Lama, Kampung Melayu, Kluang pada malam Khamis.

Artikel lain: Muktamar PAS Didakwa Pentas Fitnah? Ahmad Zahid Ulas – “Biar Dia Cari Dosa Kering”

Dalam pada itu, beliau turut meminta jentera PN untuk meningkatkan kempen menerusi media sosial terutama dalam usaha mendekati pengundi muda yang merupakan lebih separuh daripada 66,318 pengundi di Mahkota.

“Sudah tentulah kehidupan mereka (selalu menggunakan) dengan internet. Sebab itu saya harapkan kempen kita juga dilakukan melalui media sosial berbanding cara konvensional,” ujarnya.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

jangan Sekat Kempen pn Di Media Sosial

Foto: Sinar Harian

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40 manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yanh lalu, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Hari pengundian akan berlangsung pada 28 September manakala 24 September merupakan hari undi awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd