Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Teresa Kok Jumpa JAKIM & Agensi Industri Halal – “Nampaknya Kontroversi Ini Berlaku Atas Salah Faham”

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan wakil Halal Development Corporation (HDC) pada Khamis.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Teresa telah memuat naik foto memaparkan dirinya bersama Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Mohamad Zamri Mohamed Shapik dan wakil HDC di Parlimen.

Teresa Kok jumpa JAKIM & agensi halal

Katanya, dia telah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi di Parlimen dan pengurusan tinggi HDC dan JAKIM telah dijemput memberi pembentangan tentang usahanya mempromosikan pensijilan halal.

“Nampaknya kontroversi pensijilan halal ini berlaku atas sebab salah faham daripada pelbagai pihak. Saya rasa adalah lebih baik bagi JAKIM untuk memberi penjelasan mengenai isu ini.
“Mesyuarat jawatankuasa berkenaan dengan usaha pensijilan halal ini dijalankan dalam suasana yang mesra,” katanya.

Dalam pada itu, Teresa juga memaklumkan Sirajudin telah tiba ke Parlimen selepas memberi keterangan kepada pegawai polis di Bukit Aman berkenaan kontroversi pensijilan halal yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan ahli parlimen itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, laporan polis dibuat ke atas Teresa susulan kenyataannya berkenaan cadangan mewajibkan pensijilan halal kepada restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan daging babi dan alkohol akan membebankan peniaga kecil, termasuk milik Melayu.

Teresa Kok Jumpa JAKIM

Kenyataan Teresa mengundang kecaman, terutama daripada Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyifatkan Kok masuk campur dalam urusan agama Islam.

Teresa kemudian mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Akmal untuk menuntut ganti rugi RM25 juta atas dakwaan memutar belit kenyataannya mengenai isu tersebut.

Sumber: Facebook Teresa Kok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd