Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guna Agama Selindung Kezaliman Hina Undang-Undang, Cemar Kesucian – Che’ Puan Khaleeda

Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustaman bertitah cubaan untuk menggunakan agama sebagai alasan bagi perbuatan zalim bukan sahaja menghina undang-undang, tetapi turut mencemar kesucian agama.

Menerusi satu catatan di media sosial, Che’ Puan Khaleeda bertitah baginda mengambil maklum kejadian membabitkan beberapa rumah amal yang disyaki mengeksploitasi, mengabai dan menganiaya 402 mangsa berusia antara satu tahun hingga 17 tahun.

“Tindakan kejam seperti ini tidak boleh disembunyikan atas dasar agama. Sebarang cubaan untuk menggunakan agama sebagai alasan bagi perbuatan zalim bukan sahaja menghina undang-undang tetapi turut mencemar kesucian sesuatu agama.
“Agama tanpa mengira kepercayaan, seharusnya menjadi asas kepada kasih sayang, perlindungan serta kesejahteraan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.
“Setiap agama menuntut keadilan bagi mereka yang tidak mempertahankan berupaya mempertahankan diri,” titahnya.

Susulan itu, baginda menyeru agar kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memperkukuh pemantauan ke atas rumah amal dan institusi penjagaan kanak-kanak lain.

“Selain tindakan undang-undang, saya menyeru kerajaan agar mengambil langkah proaktif untuk memperkukuhkan pemantauan ke atas rumah-rumah amal dan institusi penjagaan kanak-kanak lain.
“Langkah tersebut termasuklah proses pengauditan dan pemantauan secara berkala bagi mengelakkan sebarang jenayah daripada berlaku lagi,” titahnya.

Pada masa yang sama, Che’ Puan Khaleeda turut menggesa semua pihak termasuk pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan dalam melindungi kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya juga berharap agar pihak berkuasa memastikan nasib atau kehidupan 402 mangsa itu berada pada keadaan yang lebih baik dan terjamin.
“Langkah-langkah pemulihan serta sokongan psikologi dan sosial harus diberikan dengan segera untuk membantu mereka daripada trauma yang dialami akibat eksploitasi ini.
“Tiada siapa yang berhak mengeksploitasi kelemahan atau kekurangan kanak-kanak, apatah lagi berselindung di sebalik topeng agama atau kebajikan,” titahnya.

Che' Puan Khaleeda

Sementara itu, Baginda turut mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan Op Global yang dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia dalam menyiasat dan membongkar kegiatan jenayah berkenaan.

Terdahulu, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, masing-masing membabitkan 201 kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Sumber: Facebook YAM Che’ Puan Besar Khaleeda

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd