Seorang gadis berusia 22 tahun maut di sebuah gim ketika bersenam pada awal bulan Ogos selepas dipercayai mengangkat bebanan yang terlalu berat sehingga memaksa dirinya.
Memetik laporan Daily Mail, gadis bernama Ariatna Lizeth Mata Esparza dilaporkan tiba-tiba jatuh ketika melakukan senaman barbell squats, sebuah senaman yang menggunakan barbel untuk melatih otot kaki dan badan secara keseluruhan.
Walaupun paramedik bergegas ke tempat kejadian, namun gadis tersebut tidak dapat diselamatkan dan mangsa meninggal dunia di gym berkenaan.
Gadis maut ketika bersenam di gim
Menurut jurucakap Pejabat Peguam Negara tempatan, bedah siasat mendapati Ariatna meninggal dunia disebabkan Anoxemia, keadaan di mana terdapat sedikit oksigen dalam darah yang mungkin disebabkan oleh tenaga yang berlebihan.
Artikel lain: Lesen Memandu Indonesia Diiktiraf Di Lapan Negara Di Asia Tenggara
Pada masa yang sama, bedah siasati itu turut mendapati gadis yang berasal daripada Mexico itu juga telah mengalami strok dan pembekuan darah.
Sementara itu, mereka tidak tahu jumlah berat yang diangkat oleh gadis tersebut namun rata-rata wanita hanya boleh mengangkat sekitar 150 pound (70kg).
Foto hiasan
Ia tidak dapat dipastikan sekiranya Ariatna mempunyai sebarang masalah kesihatan lain, namun media tempatan melaporkan bedah siasat mendapati mangsa tidak mempunyai masalah jantung.
Sekadar info, Ariatna, seorang pencinta haiwan merupakan bakal guru taska dan akan menerima keputusan peperiksaannya pada hari yang sama dia meninggal dunia.
Sumber: Daily Mail