Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Zii Jia Naik Dua Anak Tangga, Kini Di Ranking Keempat Dunia

Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia dilaporkan kini berada di tangga keempat dalam kedudukan ranking dunia.

Menurut satu laporan Buletin TV3, pemain berusia 26 tahun itu berjaya melonjakkan diri kepada dua anak tangga berbanding di kedudukan keenam dunia sebelum ini.

Foto: Rojakdaily.com

Kemas kini ranking terbaharu Zii Jia itu dikongsikan dalam laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal itu berikutan kejayaan beliau mendapatkan pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini, sekali gus menempatkan namanya dalam empat kelompok terbaik dunia.

Walaupun Zii Jia tidak bernasib baik dalam kejohanan Terbuka Jepun minggu lalu, kejayaannya menaiki dua anak tangga itu dapat mengubati luka yang dirasakannya.

Foto: Tangkap layar laman web BWF

Pemain yang berasal dari Alor Setar Kedah itu berjaya mengumpul sebanyak 83,716 mata secara keseluruhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia sekali gus dapat memintas dua orang pemain iaitu pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.

Ranking pertama kekal milik jaguh dari China, Shi Yu Qi manakala juara Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen berada di tempat kedua dan Jonatan Christie yang berasal dari Indonesia pula di ranking ketiga.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Nasional

Seramai 500 usahawan tani menghadiri Konvensyen Usahawan Agro MADANI (KUAM) 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang pada Khamis. Ia sempena Pameran Pertanian...

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd