Pempengaruh media sosial Indonesia, Intan Cut Nabila memuat naik sebuah lagi video baharu memparkan keganasan rumah tangga yang dialaminya menerusi platform Instagram pagi tadi.
Menerusi video berdurasi seminit 14 saat itu, Intan berkongsi detik hitam sewaktu dibelasah suaminya Armor Toreador pada dua tahun lalu, iaitu pada 4 Februari 2022..
Foto: IG cut.intannabila
“Lebih dari lima kali? Saya sahaja tidak mampu menghitung berapa kali dia (Armor) menyiksa saya,” katanya dalam kapsyen pada hantaran tersebut.
Intan berkata, berat untuk dirinya melalui dan menceritakan semula kesakitan yang pernah dirasainya itu selain mengganggap ia sesuatu yang mengaibkan keluarga kecilnya.
Foto: IG cut.intannabila
“Berat sangat berat pastinya, harus cerita dibalik semua penderitaan selama ini, kerana saya fikir ini adalah aib yang paling memalukan,” ujarnya.
Wanita berusia 23 tahun itu memberitahu, masih trauma dan mengalami lebam selepas dipukul suaminya itu, namun perlu menjaga emosi dan mental dua orang anaknya yang sedang membesar.
“Maafkan Mama ya nak, selepas ini kita sembuhkan trauma ini bersama-sama,” ujarnya.
Foto: IG cut.intannabila
Sebelum ini, Intan memuat naik satu video memaparkan beliau dibelasah secara brutal, manakala bayi mereka yang belum cukup sebulan usianya juga ditendang oleh Armor.
Difahamkan, suaminya itu akan ditahan selama 21 hari sebelum kes mereka dibicarakan di mahkamah.
Sumber: IG cut.intannabila