Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Fadillah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Mesyuarat Menteri Tenaga APEC, Fokus Pengurangan Jejak Karbon – PETRA

Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka akan membincangkan hala tuju, dasar dan kerjasama dalam pertumbuhan mapan bagi bidang tenaga terutamanya dalam aspek peralihan tenaga dan usaha pengurangan jejak karbon di kalangan ekonomi APEC.

Mesyuarat Menteri Tenaga APEC

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke EMM yang dihoskan oleh Peru pada 15 dan 16 Ogos ini.

Mesyuarat Menteri Tenaga APEC

Foto: Bernama

“Beliau akan mengetengahkan pendirian negara dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga inklusif dan saksama serta berkongsi mengenai aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang tahun 2050.
“Ia menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Hala Tuju Eknomi Hidrogen (HETR) Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PETRA berkata, perkongsian dan libat urus mengenai inisiatif-inisiatif progresif oleh Malaysia itu mampu memberikan gambaran positif mengenai potensi pelaburan hijau negara kepada para pelabur dari rantau Asia Pasifik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: CRESS Diperkenal Bermula September, Tingkat Akses Elektrik Hijau Kepada Syarikat Korporat – PETRA

Mesyuarat Menteri Tenaga APEC

Foto: Bernama

Sementara itu, selain mempromosi usaha serta komitmen pertumbuhan mapan negara, penyertaan Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri akan mengukuhkan lagi imej dan kedudukan negara sebagai destinasi untuk pelaburan yang bersih serta bernilai tinggi.

“Beliau juga akan mengadakan pertemuan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan sekerja dari ekonomi APEC dan pemain industri antarabangsa dalam usaha meluaskan jaringan kerjasama dalam pelbagai bidang tenaga khususnya yang berpotensi menyokong komitmen dan inisiatif peralihan tenaga negara,” ujarnya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd