Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Dikecam Bergambar Dengan Atlet Thailand, Hannah Yeoh Raikan Semua Pemenang

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan beliau bukanlah ‘tidak sensitif’ terhadap atlet negara seperti yang didakwa ramai hanya kerana memuat naik foto bersama pemain badmintan perseorangan dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn namun dia raikan semua pemenang.

Hannah Yeoh raikan semua pemenang

Menerusi beberapa hantaran di InstaStory, Hannah bagaimanapun menjelaskan dia meraikan semua pemenang dalam acara tersebut, tidak kira pingat apa yang dimenangi mereka.

“Selepas acara selesai, selepas menerima medal masing-masing, kita raikan semua pemenang. Semangat kesukanan bermaksud anda menerima kekalahan apabila pertandingan itu diadakan secara adil dan mampu akui kebolehan lawan anda dan hormati mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah juga mengingatkan orang ramai temasya Olimpik mempunyai beberapa nilai yang mana ia mementingkan ‘Hormat’ dan ‘Persahabatan’.

Sementara itu, Hannah juga berkata dia bukan sahaja bertugas sebagai Menteri Sukan, namun dia juga memegang tanggungjawab sebagai Menteri Belia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya di sini bukan hanya mementingkan kemenangan pingat tak kira apa cara. Saya di sini untuk memupuk budaya sukan yang sihat untuk belia kita.
“Kita bukan atlet yang tidak mahu menerima kekalahan. Tiada yang tak sensitif tentang mengakui kekuatan pesaing kita selepas pertandingan,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Hannah juga menyeru kepada belia Malaysia untuk berani menyuarakan sokongan dan memuji perkara yang baik.

“Saya nampak Kunlavut sangat tenang ketika dia mengalahkan juara dunia, Shi Yuqi dari China walaupun dia baru berusia 23 tahun dan berada di tempat kelapan dunia.
“Kalau kamu diam kerana takut dengan komen kecaman di media sosial, kamu melepaskan peluang untuk menunjukkan contoh yang baik.
“Sukan mengajar kita sesuatu yang tidak ternilai dan inilah sebab ibu bapa perlu menggalakkan anak anda menyertai sukan. Mereka boleh jadi lebih kuat jika mereka amalkan semangat kesukanan yang baik,” jelasnya.

Artikel lain: Olimpik Paris: Nur Dhabitah Berjaya Mara Ke Separuh Akhir

Selain itu, Hannah turut memuat naik foto memaparkan dia mengucapkan tahniah kepada jurulatih atlet Jepun, Tan Kim Her dan Jeremy Gan kerana atlet mereka memenangi pingat.

“Ia bukan tentang menjadi peminat kepada Kunlavut. Saya konsisten dalam mengamalkan semangat kesukanan yang baik dan saya mewakili Malaysia. Jaga maruah walaupun kita kalah,” katanya.

Terdahulu, Hannah menerima kecaman daripada orang ramai selepas memuat naik foto bersama Kunlavut bersama kapsyen memuji dan berkata dia telah menjadi peminat kepada pemain dari Thailand itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, impian pemain badminton negara Lee Zii Jia untuk merangkul emas pertama Malaysia gagal selepas tumpas kepada Kunlavut di suku akhir.

Bagaimanapun, Zii Jia bangkit dan berjaya merangkul pingat gangsa selepas menewaskan pemain dari India, Lakshya Sen dalam aksi penentuan di Porte de La Chapelle Arena.

Sumber: Instagram Hannah Yeoh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd