Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

KBS Lancar Dana Esukan Edisi Kedua 2024, Diganda Kepada RM1 Juta

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah melancarkan Dana Esukan KBS 2024 bagi edisi kedua dengan menggandakan peruntukan kepada RM1 juta bagi membantu lebih banyak program dan inisiatif e-sukan dianjurkan di negara ini.

Menerusi satu kenyataan ESI, susulan Dana Esukan KBS (Edisi Pertama) yang telah berlangsung dari November 2023 hingga Februari lalu, sebanyak RM250,000 telah diluluskan serta disalurkan kepada 14 penerima daripada 108 permohonan.

Oleh itu, dengan peningkatan peruntukan dana dalam Edisi Kedua ini, dijangka dapat memberi impak positif kepada lebih ramai penerima manfaat serta memacu pertumbuhan ekosistem e-sukan negara.

Foto: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dana Esukan KBS diwujudkan bertujuan untuk memberi galakan kepada penggiat industri e-sukan tempatan supaya mereka dapat menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara e-sukan serta merancakkan ekosistem e-sukan negara.
“Ia juga meliputi pelbagai inisiatif, termasuk pembangunan bakat, penganjuran acara dan pertandingan e-sukan, menaik taraf kemudahan e-sukan, inisiatif sains dan penyelidikan e-sukan, serta program e-sukan komuniti,” katanya hari ini.

Bukan itu sahaja, pertubuhan kecil, kelab, persatuan dan syarikat yang memerlukan bantuan dana bagi penganjuran program, pertandingan dan acara e-sukan turut dipelawa untuk memohon dana ini.

Difahamkan, dana berjumlah RM1 juta itu akan dibahagikan kepada dua iaitu kategori umum yang memerlukan jumlah peruntukan sebanyak RM700,000 dengan RM 30,000 setiap permohonan.

Foto: SelangorKini

Manakala, kategori kedua, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasata (IPTA/IPTS) pula memperuntukkan sebanyak RM300,000 dengan RM15,000 bagi setiap permohonan.

“Syarat permohonan bagi kategori umum mestilah berdaftar di bawah SSM, PJS, ROY, atau ROS, Permohonan mesti menyertakan dek program/acara yang terperinci, penonton dan peserta acara harus terbuka kepada umum.
“Permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Penilaian Dana Esukan serta maksimum peruntukan bagi setiap permohonan bernilai RM30,000,” ujarnya.

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi kategori berikutnya, kelab e-sukan haruslah berdaftar di bawah IPTA/IPTS selain perlu menyertakan dek program atau acara yang terperinci beserta surat sokongan daripada pentadbiran universiti berkenaan.

Selain peserta bagi acara berkenaan mesti seorang pelajar dari IPTA/IPTS, permohonan tersebut juga adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Penilaian Dana Esukan.

“Semua permohonan yang lulus dan berjaya mestilah menganjurkan acara / program sebelum 30 November 2024. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Dana Esukan KBS 2024, sila hantarkan e-mel ke [email protected],” jelasnya lagi.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd