Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Cabaran Lebih Sukar, Squid Game Musim 2 Ditayangkan Bermula 26 Disember

Drama survival yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Squid Game musim 2 akan ditayangkan bermula pada 26 Disemnber ini, manakala musim ketiga pula akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Menerusi satu pengumuman di Instagram, Netflix Korea telah memuat naik satu video memaparkan beberapa orang sedang berlari menggunakan pakaian rasmi peserta Squid Game.

“Permainan sebenar baru bermula. Squid Game musim kedua, 26 Disember ini hanya di Netflix. Musim akhir pula akan ditayangkan pada tahun 2025,” tulisnya pada ruangan komen.

Sebelum ini, Squid Game musim pertama menampilkan lakonan hebat daripada Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Wi Ha-joon, HoYeon Jung, O Yeong-su, Heo Sung-tae, Anupam Tripathi dan Kim Joo-ryoung.

Tidak cukup dengaan itu, Squid Game musim pertama juga menjadi fenomena global dan mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah Netflix.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengarahnya Hwang Do-hyuk memenangi anugerah Pengarah Terbaik bagi kategori Drama Bersiri di Anugerah Emmy dan pelakon, Lee Jung-jae menerima Anugerah Pelakon Utama Terbaik.

Musim kedua pula akan menampilkan pelakon daripada musim pertama, bergandingan dengan pelakon baru antaranya Im Si-wan, Kang Ha-neul, Lee Jin-uk dan Choi Seung-hyun.

“Musim pertama Squid Game mendapat sokongan yang sangat hangat dan luar biasa!
“Dan kini, saya dengan gembira dan teruja untuk mengumumkan Squid Game musim kedua bakal ditayangkan dan berita mengenai penghasilan musim 3.
“Pada hari pertama penggambaran Musim 2, saya masih tak percaya yang saya telah kembali ke dunia Squid Game lagi. Saya tertanya-tanya apa perasaan anda terhadap Squid Game selepas tiga tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Do-hyuk turut menyatakan rasa keterujaannya kerana berjaya mengembangkan idea drama ini pada musim ketika disamping dapat menyelesaikan pengambarannya.

Squid Game Musim 2

“Saya sangat teruja melihat benih yang ditaman ketika menghasilkan Squid Game berkembang dan berbuah sehingga akhir cerita.
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan anda mendapat pengalaman yang penuh mendebarkan. Saya harap anda teruja dengan apa yang akan datang. Terima kasih dan jumpa lagi, semua,” ujarnya.

Sementara itu, bagi musim kedua drama ini, watak utama Seong Ki-hoon kembali ke permainan itu untuk membalas dendam, namun cabaran yang perlu dihadapinya lebih hebat dari sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wah! Tak sabar nak tengok Squid Game!

Sumber: Instagram Netflix Korea

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd