Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Jualan Global McDonald’s Jatuh 1.3 Peratus Buat Kali Pertama Dalam Tiga Tahun

Rangkaian restoran makanan segera, McDonald’s melaporkan mengalami penurunan kali pertama dalam jualan globalnya dalam tempoh lebih tiga tahun sejak suku terakhir 2020.

Menerusi satu laporan AlJazerra, Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Chris Kempczinski berkata, jualan McDonald’s di seluruh dunia jatuh sebanyak 1.3 peratus dalam tempoh April hingga Jun kerana faktor inflasi menyebabkan pengguna mencari pilihan yang lebih murah dan mengurangkan makan di luar.

Foto: sinopt.com

“Cawangan pasaran antarabangsa yang dikendalikan oleh pemegang lesen menyaksikan penurunan yang lebih curam, dengan jualan jatuh 1.3 peratus.
“Penurunan itu di tengah-tengah sentimen pengguna yang lemah di China dan boikot di Timur Tengah berhubung sokongan rantaian makanan segera yang didakwa memihak dengan Israel,” katanya.

Foto: AlJazerra

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata, pengguna menjadi “sangat mendiskriminasi” perbelanjaan mereka selepas syarikat itu sebelum ini mendapat manfaat daripada pengguna yang “berdagang turun” kepada rantaian makanan segera daripada restoran yang lebih mahal.

“Kami melihat dagangan menurun, tetapi apa yang kami lihat ialah kehilangan pengguna yang berpendapatan rendah adalah lebih besar daripada faedah penurunan dagangan.
“Anda lihat pengguna yang berpendapatan rendah itu, dalam banyak kes, mereka jatuh dari pasaran, makan di rumah dan mencari cara lain untuk berjimat,” ujarnya.

Foto: mashed.com

Kempczinski turut mamaklumkan tawaran menu murah yang dilancarkan pada Jun dijual lebih awal daripada jangkaan dan promosi itu juga akan dilanjutkan selepas Ogos di kebanyakan cawangan Amerika Syarikat.

Saham McDonald’s dilihat meningkat 4.5 peratus pada pagi Isnin berikutan para pelabur yang yakin dengan rancangan rangkaian makanan segera itu untuk meningkatkan semula hasil jualan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: AlJazerra

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd