Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

CRESS Diperkenal Bermula September, Tingkat Akses Elektrik Hijau Kepada Syarikat Korporat – PETRA

Kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memperkenalkan Program Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) bagi meningkatkan akses syarikat korporat kepada bekalan elektrik hijau mulai September tahun ini.

PETRA berkata, program di bawah Inisiatif GREENS MADANI itu bertujuan untuk menyokong hasrat peralihan tenaga sektor berkeutamaan tinggi selain untuk meningkatkan kapasiti TBB daripada 26 peratus (10.6GW) kepada 40 peratus menjelang 2035 dan 70 peratus menjelang 2050 bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

Foto: mediamadani.com

“Melalui konsep akses grid terbuka, pihak ketiga (third party access TPA) boleh membekal (menjual) atau mendapat (membeli) bekalan elektrik melalui sistem rangkaian grid dengan caj akses sistem yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

PETRA berkata, kerajaan telah memperkenalkan Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) untuk membantu syarikat mencapai komitmen ESG melalui pembelian elektrik hijau secara maya pada 31 Ogos 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Syarikat korporat di Malaysia perlu diberi pilihan untuk mengurangkan jejak karbon melalui bekalan elektrik hijau.
“Syarikat boleh memenuhi komitmen elektrik hijau dengan memasang sistem solar fotovoltaik (PV) melalui Program Net Energy Metering (NEM) dan Self Consumption (SelCo), membeli sijil Tenaga Boleh Baharu (TBB) melalui Malaysia Green Attributes Trading System (mGATS), atau melanggan Tarif Elektrik Hijau (GET),” ujarnya.

Foto: Utusan

PETRA juga menjelaskan melalui program CRESS, penjana TBB dan syarikat korporat boleh membuat aturan bekalan elektrik hijau melalui sistem bekalan sedia ada serta boleh mendapatkan elektrik TBB secara langsung daripada penjana TBB TPA yang dikenal pasti.

“Penjana TBB TPA boleh membekalkan elektrik TBB kepada pengguna korporat melalui rangkaian grid TNB dengan menyertai pasaran NEDA,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mengawal selia pelaksaan CRESS, manakala Single Buyer (SB) dan Grid System Operator (GSO) berperanan sebagai pengendali pasaran dan sistem selain TNB berperanan sebagai pembekal elektrik utiliti yang diperlukan kepada pengguna secara konsisten.

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suruhanjaya Tenaga (ST) juga akan mengadakan beberapa siri penerangan berkaitan prosedur dan garis panduan kepada pemain industri berkitan program tersebut.

Pelaksanaan akses grid terbuka melalui Program CRESS adalah langkah progresif menuju liberalisasi pasaran tenaga yang dijangka dapat mengurangkan risiko dan kos sistem pembekalan elektrik serta memberikan peluang kepada pemaju untuk bersaing secara sihat sekali gus menarik lebih ramai pemain industri TBB tempatan.

Program ini juga dapat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 701,000 tCO2 setahun, di samping menjana pelaburan langsung melebihi RM10 bilion dan mewujudkan hampir 14,000 peluang pekerjaan baharu dalam industri tenaga lestari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd