Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Hilang Empat Hari Ditemui Tidak Bernyawa, Trak Pikap Dibakar

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu telah ditemui mati disyaki akibat dibunuh di kawasan semak berhampiran sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang, Sandakan semalam.

Menurut satu laporan Kosmo! Online, Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Ramasamy Kuppan berkata, mangsa Naufal Abdul Rashid ditemui sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan kira-kira jam 11 pagi.

Foto: Facebook Info Kunak

“Penemuan mayat terbabit susulan laporan awal diterima pihaknya berkaitan sebuah trak pikap ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan terbabit.
“Sepasukan polis digerakkan ke tempat berkenaan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau juga berkata, sebaik saja tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati memang terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar namun tiada individu di dalam kenderaan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Info Kunak

“Anggota polis kemudiannya menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu sebelum menemui satu mayat lelaki yang disyaki berkaitan satu laporan orang hilang pada Ahad lalu,” ujar beliau lagi.

Ramasamy turut memberitahu mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of kent (HDOK) Sandakan bagi tujuan bedah siasat manakala kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Foto: Facebook Info Kunak

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan mangsa, 35, yang merupakan anak tauke restoran Supreme kira-kira pukul 3 petang, Ahad lalu dengan diminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi ahli keluarga terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Ivan Amirul)

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd