Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tiada Kerjasama Pada PRU16, Sanusi Nafi Ada Pertemuan Rasmi PAS & UMNO

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor nafi wujud perbincangan dan pertemuan rasmi antara pimpinan PAS & UMNO seperti dakwaan yang tular baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, Sanusi yang juga merupakan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS turut menafikan wujudnya kerjasama antara parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sanusi nafi ada pertemuan rasmi PAS & UMNO

Sanusi Nafi Ada Pertemuan Rasmi PAS & UMNO

Foto: Utusan Malaysia

Jelasnya, beliau sendiri pernah bertemu dengan ramai pimpinan UMNO, PKR dan DAP namun ia tidak menjurus kepada perbincangan mengenai hala tuju politik parti masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: “Tiada Masalah Salam Tangan Makan Babi, Asal Bukan Lain Jantina” – PAS

“Saya hadir semua mesyuarat PAS, tidak ada laporan berkenaan pertemuan seperti yang dilaporkan. Saya Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS. Kalau ada pertemuan mesti saya dimaklumkan.
“Tidak ada pertemuan rasmi. Jumpa tidak rasmi banyak kali. Saya pun jumpa pemimpin UMNO, DAP. Baru-baru ini jumpa Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi) di Istana Negara. Dia duduk depan saya.
“Kalau pertemuan itu dikira, memang saya jumpa selalu, tetapi tidak ada bincang hal tentang hala tuju politik,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Setar pada Rabu.

Sanusi Nafi Ada Pertemuan Rasmi PAS & UMNO

Foto: Astro Awani

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata terdapat dakwaan mengenai beberapa pertemuan antara PAS dan UMNO untuk membincangkan berkenaan kerjasama PRU akan datang.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada perbincangan rasmi antara kedua-dua parti itu untuk membentuk kerjasama pada PRU.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri menjelaskan beliau sendiri juga secara peribadi tidak bertemu dengan mana-mana pimpinan PAS bagi membincangkan perkara itu.

Sumber: Berita Harian (M Hafizuddin Ikhsan)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd