Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

21 Tahun Hidup Berjimat, Lelaki Berjaya Bersara Awal Dengan Simpanan RM4 Juta

Seorang lelaki Jepun menjalani kehidupan yang sangat berjimat cermat selama 21 tahun hanya kerana ingin menjimatkan 100 juta yen (kira-kira RM2.9 juta) agar dapat bersara awal dari dunia pekerjaan.

Menurut laporan South China Morning Post, usaha dan matlamat bersara awal lelaki berkenaan berjaya apabila dia mengumumkan bersara dengan AS$860,000, kira-kira RM4 juta.

Foto: Says

“Lelaki yang tidak dikenali itu, 45, memulakan rancangan simpanannya pada awal 2000-an selepas mendapat pekerjaan yang stabil tetapi banyak komited.
“Syarikatnya memerlukan pekerja yang boleh bekerja lebih masa, kadang-kadang sehingga lewat malam,” katanya.

Lelaki tersebut berusaha untuk mencapai gaya hidup ‘bebas kewangan, bersara awal’ merancang untuk menjimatkan gaji tahunan yang diperoleh sebanyak AS$32,000 (kira-kira RM192,000) dan mula memberi identiti baru dirinya dalam media sosial sebagai ‘Lelaki Yang Pasti Akan Berhenti Kerja’ sebagai motivasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: South China Morning Post

“Selama lebih dua dekad, dia tinggal di asrama syarikat, membayar AS$190 (kira-kira RM887) sebulan untuk sewa dan mencari peralatan dan perabot rumah yang dibuang oleh pemilik asal.
“Makanannya terlalu berjimat, iaitu makan malam hanya dengan plum masam, beberapa sayur masin dan semangkuk nasi. Kadang-kadang hanya minum minuman tenaga, yang diperoleh dengan mengumpul mata percuma dari kedai serbaneka,” ujarnya.

Malah, memasak ubi keledek juga hanya dengan memanfaatkan haba musim panas di cermin depan kereta rakan sekerja dan tidak pernah menggunakan penyaman udara atau pemanas suhu.

Foto: boredpanda.com

“Dia memilih untuk menyejukkan badan dengan kemeja-T basah pada musim panas dan memanaskan badan dengan melakukan gerakan mencangkung (squat) pada musim sejuk,” tambahnya.

Walaupun begitu, usahanya itu tidak sia-sia kerana selepas 20 tahun 10 bulan bekerja, dia mengumumkan bahawa akhirnya berjaya mencapai sasaran simpanan melalui platform media sosial, malah kini menikmati empat telur rebus untuk sarapan pagi dan membeli ketuhar gelombang mikro agar dia boleh menikmati hidangan panas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: South China Morning Post (Yating Yang)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd