Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ramai Hadir Ke Majlis Tabur Abu Mayat Arwah Suami, Jennifer Coppen Titip Terima Kasih

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jennifer telah memuat naik video memaparkan acara berkenaan yang turut dihadiri dengan ramai orang.

Jennifer Coppen titip terima kasih

Pada ruangan kapsyen, pelakon berusia 23 tahun itu berkata dia tidak menyangka begitu ramai yang hadir ke acara tersebut yang dilangsungkan pada Ahad.

“Awak sangat disayangi Dali, saya tak sangka begitu ramai yang datang untuk awak,” katanya.

Pada masa yang sama, Jennifer juga mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah datang menyokong dan menitipkan doa buat arwah suaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jennifer turut berkata dia tidak dapat membalas jasa mereka semua namun begitu, aktres itu akan berdoa kepada tuhan agar sumbangan daripada orang ramai dibalas dengan kebaikan.

Jennifer Coppen Titip Terima Kasih

Jennifer juga berkata dia tidak dapat membalas jasa semua yang datang namun dia mendoakan agar tuhan membalas kebaikan orang ramai yang datang.

Artikel lain: Muat Naik Gambar Kentang McD, Peminat Gesa V BTS Mohon Maaf

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudah datang menyokong, memberikan bunga, makanan, mesej dan mendoakan Dali, terima kasih.
“Saya betul-betul tak sangka seramai ini yang mencintai keluarga kecil kami. Saya tak dapat balas kebaikan anda semua, tapi percayalah saya berdoa tuhan membalas kebaikan anda semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jennifer juga berjanji dia akan bangkit semula walaupun sudah kehilangan suami tercintanya demi membesarkan anak mereka, Kamari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jennifer Coppen Titip Terima Kasih

“Terima kasih kerana buat saya rasa saya tak sendirian, saya berjanji saya akan cuba untuk bangkit semula perlahan-lahan demi anak saya dan Dali.
“Saya akan berusaha untuk jadi ibu yang kuat dan selalu ada untuk Kamari. Dan ingat semua, awak semua janji yang kita akan jaga Kamari bersama-sama. Saya akan sentiasa bersyukur dan yakin Dali pasti gembira di sana. Saya sayang awak Dali,” luahnya.

Terdahulu, Jennifer berkahwin dengan Dali Wassink pada 10 Oktober 2023 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Jennifer Coppen Titip Terima Kasih

Warga maya kemudian dikejutkan dengan berita kematian Dali Wassink yang terlibat dalam kemalangan motorsikal di Jalan Sunset Road, Seminyak, Badung, Bali pada Khamis.

Sumber: Instagram Jennifer Coppen

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd