Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kim Pan-gon Enggan Ulas Peletakan Jawatan, Dedah Punca Sangat ‘Bahaya’

Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon enggan ulas peletakan jawatan dan menegaskan beliau tidak boleh berkongsi maklumat lanjut mengenai punca tindakan drastik itu.

Walaupun Pan Gon mengatakan tindakan itu diambil atas komitmen peribadi, namun dia memberi bayangan ada perkara lain yang mendorong beliau meletak jawatan meskipun kontraknya berakhir pada Disember 2025, lapor Berita Harian.

Kim Pan-gon enggan ulas peletakan jawatan

Kim Pan-gon Enggan Ulas Peletakan Jawatan

Foto: Berita Harian

Tegas Pan Gon, punca peletakan jawatannya dianggap ‘bahaya’ dan perkara itu hanya diketahui oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Butiran lanjut mengenai keputusan ini tidak boleh saya kongsikan di sini. Sangat bahaya. Datuk Hamidin tahu semuanya tetapi tidak perlu tanya dia lagi.
“Tak perlu tanya soalan itu di sini. Semua sudah selesai,” katanya pada sidang media khas pada Selasa.

Sementara itu, FAM telah melantik pembantu jurulatih, Pau Marti Vicente sebagai pemangku ketua jurulatih dan dibantu oleh pembantu jurulatih E Elavarasan.

Kim Pan-gon Enggan Ulas Peletakan Jawatan

Foto: Buletin TV3

Sekadar info, Pan Gon telah dilantik menjadi pengendali skuad kebangsaan pada Januari 2022 bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe.

Artikel lain: Bakal Rindui Malaysia, Kim Pan-Gon Umum Letak Jawatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pan Gon telah memberi banyak sumbangan besar buat skuad negara, antaranya menamatkan penantian penantian selama 43 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023 selepas kali terakhir melakukannya pada 1979 ketika Kelayakan Piala Asia 1980.

Kim Pan-gon Enggan Ulas Peletakan Jawatan

Foto: Hot FM

Selain itu, Pan Gon juga berjaya meningkatkan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) daripada tangga ke-154 ketika dia dilantik sehingga pernah berada di tangga ke-130 dunia iaitu kedudukan terbaik Malaysia dalam tempoh 17 tahun.

Antara perlawanan yang pasti diingati adalah kemenangan besar 10-0 ke atas Papua New Guinea serta kejayaan mengikat gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan 3-3 pada aksi Piala Asia 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Syafiq Aznan)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd