Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Buka Penyertaan Buat Peserta Beragama Islam

Pertandingan kecantikan terbesar, Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta yang beragama Islam.

Pengarah Nasional MUMO baharu, Eleen Yong berkata, pihaknya sangat menghormati semua agama dan kepercayaan serta setiap batasan yang digarisnya di dalam sesuatu agama tersebut.

Foto: Instagram @missuniversemalaysia

“Kami ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi,” katanya menerusi sebuah video di laman Instagram Majalah Remaja pada Khamis.

Sementara itu, Eleen juga mengumumkan syarat-syarat penyertaan baharu yang dilaksanakan MUMO bagi setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ratu cantik pada tahun ini, iaitu memansuhkan had umur maksimum dan penerimaan wanita yang berkahwin, bergelar ibu dan yang sudah bercerai ke dalam pertandingan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Peraturan terdahulu mengehadkan penyertaan kepada wanita bujang yang belum berkahwin dan berusia 28 tahun ke bawah sahaja.
“Visi kami adalah untuk memperkasakan dan meraikan wanita-wanita luar biasa di Malaysia, mempamerkan bakat, kecerdasan, dan kecantikan mereka di pentas global.

Foto: Instagram @missuniversemalaysia

“Kami percaya pada kekuatan platform ini untuk mengubah kehidupan dan memberi inspirasi kepada generasi masa depan,” tambah beliau lagi.

Untuk makluman, pendaftaran untuk menyertai pertandingan ratu cantik secara dalam talian kini sudah dibuka dan pihak MUMO juga akan mengadakan uji bakat yang dijalankan secara fizikal tidak lama lagi.

Sumber: Instagram Remaja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd