Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Penuh Aksi, Customs Frontline Temui Penonton Di Pawagam Bermula 5 Julai Ini!

Menerima sambutan hangat dan pujian ketika ditayangkan di Far East Film Festival di Udine, Itali pada Mei lalu, filem Customs Frontline bakal menemui penonton Malaysia bermula 5 Julai ini!

Filem yang turut meledak di pawagam Hong Kong ini telah menerima sentuhan emas sutradara Herman Yau dan naskhah ini bakal menampilkan barisan hadapan yang jarang mendapat perhatian.

Customs Frontline mengangkat kepayahan, semangat juang dan kecekapan anggota Kastam Hong Kong membanteras jenayah global termasuk penyeludupan senjata apa yang jarang memfokus atau menonjolkan kepakaran anggota kastam.

Bagaimanapun, menerusi Customs Frontline hasil produksi Jason Siu, anda bakal didedahkan dengan kecekapan para anggota kastam membanteras jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak cukup dengan itu, Customs Frontline turut membawakan pelakon legenda Jacky Cheung selepas lapan tahun berehat dan beliau berganding dengan aktor berbakat besar Nicholas Tse.

Selain itu, filem yang dipenuhi dengan aksi dan klimaks tanpa henti ini juga akan membawakan pelakon Karena Lam, Yase Liu dan Francis Ng sebagai penampilan khas.

Lebih menarik, Nicholas Tse yang menjayakan karakter Chow Ching-lai turut menjadi koreografer aksi pertama dalam filem yang digarap selama dua tahun ini.

Tse menzahirkan dia amat teruja dengan pembabitan filem ini bukan hanya kerana berganding dengan pesohor Jacky Cheung namun dia juga dapat merealisasikan babak aksi yang dia mahukan selama ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sewaktu kecil saya selalu meniru aksi Jackie Chan dan Donnie Yen. Jika ditanya, secara jujur saya akan meneruskan tradisi merisikokan diri untuk melakonkan babak aksi dalam filem Hong Kong.
“Kerana itu saya turut menjadi koreografer aksi buat pertama kali dalam sejarah lakonan menerusi Customs Frontline,” kata Tse.

Jom bersama-sama tonton Customs Frontline bagi menyaksikan sudut pandang dan dimensi yang berbeza tentang pekerjaan unit beruniform pegawai kastam yang jarang ditonjolkan di pawagam berhampiran anda bermula 5 Julai ini!

Saksikan kehebatan aksi, lakonan dan plot twist yang pastinya akan membuat anda tidak senang duduk ketika menonton filem penuh aksi ini!

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Sukan

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya...

Sosial

Lelaki kurang siuman yang ditahan baru-baru ini kerana membunuh dan mengerat rakan yang juga kurang siuman didakwa turut makan daging mangsa ketika dia ditemui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd