Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bapa Menangis Anak Bawah Umur Dinikahi Pengurus Sekolah Pondok Tanpa Izinnya

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya.

Memetika laporan tvonenews, bapa yang bernama Mat Rokim hanya mendapat tahu tentang perkara itu selepas penduduk di kampung mengatakan anaknya sudah hamil.

Bapa menangis anak dinikahi pengurus sekolah pondok tanpa izinnya

Bapa Menangis Anak Dinikahi Tanpa Izinnya

“Orang kampung cakap anak saya mengandung. Kemudian saya minta ahli keluarga saya untuk tanyakan hal ini kepada anak saya,” katanya.

Mat Rokim kemudian meminta kepastian daripada anak gadisnya sendiri dan terbongkarlah kisah dia dikahwini secara siri atau tidak berdaftar pada pejabat agama.

Namun apa yang lebih mengejutkan, anak gadisnya yang masih bawah umur itu telah dikahwini oleh pengurus sekolah pondok berkenaan pada Ogos 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa Menangis Anak Dinikahi Tanpa Izinnya

“Bila saya tanya anak saya, rupanya perkara itu betul. Rupanya anak saya sudah dinikahi secara siri oleh pengurus pondok itu,” ujarnya.

Namun apa yang lebih memilukan adalah apabila Mat Rokim menitikkan air mata sambil meluahkan anaknya yang berusia 16 tahun itu tidak pernah berkongsi akan hal  tersebut.

Anak saya tidak pernah cerita tentang perkara itu. Ibu bapa mana yang tidak sakit. Hancur hati saya,” luahnya sambil menangis.

Tambah Mat Rokim, anaknya juga sudah tidak mahu keluar rumah kerana malu  terhadap orang kampung dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Bapa Menangis Anak Dinikahi Tanpa Izinnya

Mat Rokim juga merayu kepada pasukan polis daerah Lumajang untuk mempercepatkan siasatan mereka kerana sehingga kini, pelaku masih belum ditangkap walaupun laporan telah difailkan pada 14 Mei lalu.

“Saya tak kuat tengok anak saya diperkatakan dengan orang ramai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mat Rokim turut mendedahkan pelaku yang menikahi anaknya tanpa kebenaran ada bertemu dengan keluarga untuk memohon maaf namun beliau enggan menerimanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Mat Rokim turut berkongsi pelaku dan anaknya tidak tinggal bersama namun pelaku akan menghantar seseorang untuk menjemput anak gadis itu untuk melakukan hubungan suami isteri.

“Saya tak terima anak saya diperlaku seperti itu. Dia minta maaf, tapi saya tak nak terima. Dia tidak pernah datang ke rumah untuk meminag anak saya, dia minta kawan untuk jemput anak saya,” katanya.

Sumber: tvonenews, Instagram Jawapos

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd