Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kes 1MDB: AS Dilapor Akan Kembalikan Aset AS$100 Juta Kepada Malaysia

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan mengembalikan aset yang dikaitkan dengan dana Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai lebih AS$100 juta (RM471 juta) selepas mencapai persetujuan dengan Jho Low, ahli keluarganya, dan entiti amanah yang ditubuhkan Low secara kolektif, “Pihak Rendah”.

DOJ memaklumkan akan berkoordinasi dengan rakan kongsi asing untuk memudahkan pembubaran dan pemulangan aset-aset yang terletak dipelbagai negara termasuk di Hong Kong, Switzerland, dan Singapura kepada Malaysia.

Foto: Astro Awani

“Menurut aduan pelucuthakan sivil, dari 2009 hingga 2015, lebih daripada $4.5 bilion (RM21.2 bilion) dana milik 1MDB didakwa diselewengkan oleh pegawai peringkat tinggi 1MDB dan sekutu mereka, termasuk Low, melalui konspirasi jenayah yang melibatkan pengubahan wang haram dan rasuah antarabangsa.
“1MDB diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembangunan ekonomi di Malaysia melalui perkongsian global dan pelaburan langsung asing. Dananya bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Foto: istockphoto.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

DOJ berkata, sebuah pangsapuri mewah di Paris dan karya seni oleh artis Andy Warhol dan Claude Monet terletak di Switzerland yang dibeli Low dengan jumlah keseluruhan kira-kira $35 juta (RM165 juta) akan dicairkan kemudian dipulangkan semula kepada Malaysia.

“Pihak bersetuju untuk mengembalikan ke Malaysia aset hartanah dan wang tunai dalam akaun bank bernilai kira-kira $67 juta (RM316.2 juta) yang terletak di Hong Kong, Switzerland dan Singapura.
“Amerika Syarikat akan mengeluarkan sejumlah $3.5 juta (RM16.5 juta) kepada entiti amanah untuk membayar yuran guaman dan kos yang berkaitan dengan hartanah tersebut. Di bawah perjanjian itu, tiada satu pun nilai yuran yang dikembalikan kepada Low atau ahli keluarganya,” ujarnya.

DOJ turut memaklumkan Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan atau membantu dalam pemulangan lebih $1.4 bilion (RM6.6 bilion) aset yang dikaitkan dengan skim pengubahan wang haram, penyelewengan dan rasuah antarabangsa ke Malaysia.

Foto: The Star

Sementara itu, DOJ turut melaporkan Low kini menghadapi pelbagai pertuduhan atas dakwaan bersubahat dalam pengubahan wang haram berbilion dolar yang digelapkan daripada 1MDB dan berkomplot melanggar Akta Amalan Rasuah Asing di AS, New York, Arab Saudi dan Columbia dan Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho yang dikehendaki masih bebas dan tidak diketahui keberadaannya sehingga kini.

Sumber: DOJ

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita Rusia berkongsikan mengenai ‘duit hantaran’ yang biasa ditetapkan oleh keluarga wanita kepada bakal pengantin lelaki melalui satu video yang menjadi sorotan di...

Lokal

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Anak Syarikatnya, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) melalui Yayasan AmanahRaya komited lestari alam menerusi beberapa projek. Menerusi kenyataan, AmanahRaya memaklumkan...

Lokal

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) hari ini menegaskan kesetiaan pekerja tidak boleh dibeli dengan wang, sebaliknya mampu jika seimbang dengan kesejahteraan mental. CEO...

Sukan

Kelab pasukan bola sepak, Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua tindakan selanjutnya yang akan diambil ekoran daripada denda RM100,000 serta potongan tiga mata...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd