Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Semua Sekolah Kerajaan Wajib Laksana Garis Panduan DLP – Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan kenyataan berkenaan Garis Panduan Program Dwibahasa (DLP) dan berkata ia terpakai untuk semua sekolah kerajaan wajib di laksana.

Menteri KPM, Fadhlina Sidek berkata semua sekolah kerajaan perlu mempunyai satu kelas mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu.

Sekolah kerajaan wajib laksana Garis Panduan DLP

Sekolah Kerajaan Laksana DLP

Foto: Harian Metro

Menurut beliau, ini seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang dilaksanakan sejak tahun 2010.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, Fadhlina turut menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan terdapat sekolah yang tidak perlu mematuhi Garis Panduan DLP.

“Dakwaan itu tidak betul. Semua sekolah kita sudah minta untuk pakai dan rujuk garis panduan. Tidak ada masalah setakat ini. Bagi sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan, kita akan turut dan bantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Program Sekolah Pengajar dan MBMMBI di Nibong Tebal pada Khamis.

Berkata tentang Program Sekolah Pengajar dan MBMMBI, Fadhlina berkata ia satu daripada usaha bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sekolah Kerajaan Laksana DLP

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, program tersebut dibangunkan bersama institut latihan perguran yang mana pakar dari institut itu dihantar ke sekolah terpilih untuk menambah baik kaedah pengajaran dalam bahasa berkenaan.

Selain itu, beliau turut berkata program berkenaan dilaksanakan melalui Sekolah Pengajar Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia.

Fadhlina turut berkongsi antara aktiviti yang dilakukan menerusi program itu adalah bacaan kritis, cakna bahasa, program pembudayaan membaca dan aktiviti kebahasaan.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pengambilan sukarelawan guru Bahasa Inggeris dari Singapura.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekolah Kerajaan Laksana DLP

Foto: The Sun

Guru-guru sukarelawan itu akan ditempatkan di kawasan miskin bandar, desa dan kawasan pendalaman termasuk di negeri Sabah dan Sarawak.

“Lantikan ini tidak melibatkan sebarang bebanan kos tambahan seperti telahan sesetengan pihak, sebaliknya ia adalah bukti kerjasama erat diplomatik antara Malaysia dan Singapura.
“Khidmat guru sukarelawan ini akan dibayar oleh kerajaan Singapura dan inisiatif ini memberi peluang kepada murid, guru dan pihak sekolah untuk mendapatkan pendedahan amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan inovasi yang baik,” ujarnya.

Tambah beliau, inisiatif seperti itu sememangan sentiasa dilaksanakan KPM dengan melibatkan pertukaran guru dari negara maju seperti Korea Selatan, Australia dan Amerika Syarikat.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd