Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penyelam Malaysia Maut Ketika Bersihkan Kapal Di Singapura – MOM

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura melaporkan seorang pekerja dari Malaysia meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di tempat kerja ketika melakukan kerja-kerja pembersihan lambung kapal di Eastern Anchorage, di sepanjang Marina South Pier, pada Selasa.

Menurut satu laporan Free Malaysia Today, jurucakap MOM Singapura berkata, mangsa berusia 22 tahun tersangkut pada salah satu kipas bot sokongan penyelam yang berlaku sekitar 2.10 petang pada 18 Jun.

Foto: Scoop

“Pekerja itu telah dibawa ke Hospital Besar Singapura dan dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jurucakap MOM itu juga berkata, pihaknya sedang menyiasat punca insiden tersebut selain mengarahkan majikan terbabit untuk menghentikan semua aktiviti menyelam dengan serta merta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebagai langkah keselamatan umum, prosedur menyelam komersial yang ditetapkan menggunakan ‘Surface-Supplied Diving Equipment’ (SSDE) atau ‘Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatus’ (CSCUBA) mesti dipatuhi,” ujarnya lagi.

Dia memaklumkan bahawa peralatan dan alat sedemikian memudahkan lagi koordinasi dan komunikasi antara penyelam dan penyelia semasa operasi dijalankan.

“Peralatan selam skuba rekreasi tidak boleh digunakan untuk operasi menyelam komersial,” tambahnya.

Foto: Scoop

Sementara itu, CNA pula melaporkan pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dikenal pasti berdasarkan siasatan awal dan siasatan masih sedang dijalankan.

Untuk makluman, SSDE atau CSCUBA ialah cara menyelam dalam air menggunakan peralatan yang dibekalkan dengan gas pernafasan melalui pusat penyelam dari permukaan, sama ada dari pantai atau dari kapal sokongan menyelam, kadangkala melalui loceng menyelam dan sangat berbeza dengan peralatan selam skuba yang biasa digunakan di tempat-tempat rekreasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd