Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bakal menyertai Kumpulan BRICS (sebuah kesatuan ekonomi yang terdiri daripada negara-negara Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan) yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi.
Menerusi satu laporan News.Az, Anwar memberitahu Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai BRICS tidak lama lagi semasa temu bual bersama dengan Guancha.
Foto: FB Anwar Ibrahim
“Kami telah mengambil keputusan yang sewajarnya. Kami akan melancarkan proses rasmi tidak lama lagi. Sekarang kami menunggu keputusan akhir, maklum balas daripada kerajaan Afrika Selatan,” katanya.
Beliau juga memaklumkan bahawa perbincangan mengenai pembesaran BRICS telah diadakan bersama Presiden Brazil, iaitu Luiz Inacio Lula da Silva.
Sementara itu, turut dilaporkan bahawa Kumpulan BRICS telah menunjukkan dua gelombang pengembangan yang besar sejak kemunculannya pada 2006 lepas.
“Pada 2011, Afrika Selatan menyertai ahli asal, yang termasuk Brazil, Rusia, India dan China. Pada Ogos 2023, enam ahli baharu, termasuk Argentina, telah dijemput untuk menyertai persatuan itu.
Foto: News.Az
“Buenos Aires menukar fikirannya pada akhir Disember tahun lalu. Lima ahli baharu, Mesir, Iran, UAE, Arab Saudi dan Ethiopia, secara rasmi menyertai kumpulan itu pada 1 Januari 2024,” ujarnya.
Untuk makluman, singkatan BRIC pada asalnya dicipta oleh Jim O’Neill dalam kertas kerja “Building Better Global Economic BRICs” (2011), kemudian “S” secara rasminya dibubuh pada BRIC untuk menjadi BRICS setelah Afrika Selatan menyertai kesatuan tersebut pada 13 April 2011.
Sumber: News.Az