Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Cadangan Bawa Guru Bahasa Inggeris Dari Singapura Hanya Sebagai Sukarelawan – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa cadangan membawa masuk guru bahasa Inggeris dari Singapura hanya bersifat sukarelawan yang bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di daerah atau kawasan pedalaman.

Menurut satu laporan Berita harian, Anwar berkata, cadangan tersebut disifatkan seperti skim bantuan melalui hubungan diplomasi antara dua negara dan bukan bermaksud kerajaan mahu melantik guru bahasa Inggeris dari Singapura.

Foto: FB KDN

“Dengarlah dulu, kadang-kadang jadi pakar tiga minit kemudian terus lontar di media sosial dan faktanya salah. Apa yang salah? Salahnya ialah kononnya kita sekarang akan melantik guru bahasa Inggeris dari Singapura. Itu salah.
“Yang saya bicarakan dengan Perdana Menteri Singapura (Lawrence Wong) ialah mengadakan skim bantuan atau melantik seorang sukarelawan yang dibayar oleh pemerintah Singapura untuk pergi ke kawasan terutama miskin bandar, desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk mengajar bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Putrajaya yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara Tan Seri Mohd Zuki Ali  hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Mohd Zuki Ali

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, tindakan tersebut adalah bagi membolehkan Malaysia dapat menjalin hubungan yang lebih baik antara negara serantau sama ada Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

“Jadi orang ingat ada siswazah atau graduan dari Singapura datang dalam skim sukarelawan dari Singapura untuk mengajar bahasa Inggeris, itu sahaja.
“Ini terus dia (pengkritik) kata tak hormat kaum sendiri, cuba bawa komunis dari Singapura,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau turut berkata bahawa pertemuan bersama ketua pemerintah Republik Singapura itu juga membincangkan mengenai pelaburan dan perdagangan selain menyuarakan perihal zon ekonomi Johor.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, baru-baru ini Anwar memaklumkan lawatan rasmi Perdana Menteri Baharu Singapura ke Malaysia ada berbincang mengenai menghantar guru dari Singapura untuk mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di beberapa daerah di seluruh negara.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd