Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JKM Akan Mohon Perintah Jagaan Sementara Adik Lelaki Zayn Rayyan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan akan mendapatkan perintah jagaan sementara terhadap adik kepada kanak-kanak autistme yang dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada 6 Disember tahun lepas.

Menerusi satu laporan Buletin TV3, Pengarah JKM Selangor Azmir Kassim dilaporkan berkata, akan memohon perintah berkenaan di mahkamah.

Foto: FB Zahari Mohd Reba

“Kanak-kanak berusia enam tahun berkenaan akan ditempatkan di tempat selamat di bawah jagaan JKM.
“JKM akan menentukan dalam siasatan nanti sama ada orang yang layak dan sesuai untuk menjaga selepas selesai siasatan,” katanya.

Sebelum ini, JKM telah mengesahkan bahawa adik kepada arwah Zayn Rayyan tersebut kini sedang berada dalam jagaan JKM Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“JKM Selangor datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn Rayyan di Puncak Bestari sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan,” ujarnya.

Sementara itu, turut dilaporkan terdapat keperluan pihak JKM untuk mengambil perintah jagaan kanak-kanak terbabit selepas pendakwaan ibu bapanya di mahkamah semalam.

Foto: FB Zahari Mohd Reba

“Ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu,” katanya.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh semalam.

Untuk makluman, pasangan suami isteri berusia 28 tahun tersebut didakwa bersama-sama atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan, 6 tahun dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Lokal

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan...

Sosial

Tular di media sosial seorang muallaf dari Papua, Indonesia yang bawa seekor babi  ke masjid untuk dijadikan korban sempena sambutan hari raya Aidil Adha....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd