Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menjelang 2027, IWK Sasar Hasilkan 21,500 MWh Tenaga Solar PV Setiap Tahun – PETRA

Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) akan menyasarkan penghasilan tenaga solar PV sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.

Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penghasilan tenaga solar tersebut bersamaan dengan sasaran kos penjimatan sebanyak RM1.8 juta.

Foto: Astro Awani

“Jumlah sasaran penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun iaitu bersamaan dengan sasaran kos penjimatan sebanyak RM1.8 juta akan dijalankan IWK selaras dengan usaha dan komitmen negara untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
“Pencapaian IWK begitu hebat sekali. Bukan sahaja dalam negeri malahan mendapat nama di persada global. Jadi tahniah dan syabas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun IWK ke-30 di IWK ECO Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fadillah berkata, IWK perlu terus meneroka teknologi hijau untuk mencapai pembangunan yang lebih mampan dan dapat menandingi negara-negara maju.

“Adalah menjadi harapan saya untuk melihat IWK terus maju, di samping meningkatkan inovasi dan memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memelihara alam sekitar,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri itu juga memaklumkan IWK telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan sepanjang tempoh mengendalikan perkhidmatan pembetungan negara, sama ada di peringkat kebangsaan, rantau Asia mahupun antarabangsa.

Foto: Media Sosial

“Kalau kita dah mencapai kejayaan dah mencapai nombor satu, kita tak boleh lebih daripada itu lagi. Tapi nak mengekalkan nombor satu itu lebih payah. Lebih mencabar dan saya kira lebih banyak peluang dan ruang sebenarnya untuk IWK mencipta kejayaan lebih besar.
“Bukan sahaja daripada core business iaitu untuk merawat kumbahan dan juga untuk menghasilkan hasil sampingan daripada kumbahan yang kita hasilkan jadi sekarang kita dah cipta tenaga sampingan daripada biogas, cipta baja dan seterusnya merawat air yang dapat digunakan industri bukan untuk minuman tetapi tidak mustahil satu ketika nanti dengan teknologi yang ada dengan kajian yang dibuat, lebih banyak ciptaan sampingan yang boleh dicipta oleh IWK,” jelasnya lagi.

Beliau juga turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada IWK yang terus berkomitmen dalam memastikan air sisa kumbahan dirawat dengan cekap sekali gus memberitahu bahawa petugas IWK adalah ‘wira yang tidak didendang’ dan seringkali berhadapan dengan situasi kotor, sukar dan berbahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Sukan

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya...

Sosial

Lelaki kurang siuman yang ditahan baru-baru ini kerana membunuh dan mengerat rakan yang juga kurang siuman didakwa turut makan daging mangsa ketika dia ditemui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd