Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Utamakan Keselamatan Pemain, Polis Kawal Latihan Harimau Malaya

Pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya dilaporkan menjalani sesi latihan sambil dikawal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada malam Isnin lalu.

Menurut laporan Berita Harian, situasi tersebut dikongsikan menerusi hantaran di Facebook yang memperlihatkan pasukan polis sedang mengawasi sesi latihan persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua lagi baki aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Jun ini.

 Foto: FB FAM

“Anggota polis bukan sahaja ditempatkan di luar apabila mengawasi sesi latihan di padang tetapi mereka juga berada di dalam Arena Futsal FAM ketika skuad kebangsaan menjalankan sesi senaman ringan,” katanya.

Tindakan PDRM wajar dipuji kerana ia salah satu usaha bagi memastikan keselamatan pemain sentiasa terjaga selain membuktikan keselamatan mereka adalah keutamaan FAM.

 Foto: FB FAM

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kehadiran anggota polis pasti sedikit sebanyak melegakan kerisauan pemain selepas arena bola sepak tempatan sebelum ini digegarkan dengan serangan yang menyaksikan beberapa pemain menjadi mangsa keganasan,” jelasnya lagi.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kejadian yang melibatkan beberapa pemain skuad kebangsaan, antaranya Akhyar Rashid yang menjadi mangsa samun dan turut dipukul di bahagian kepala serta anggota badan lain.

Pemain Selangor FC, Faisal Halim alami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali dan terpaksa menerima empat siri pembedahan bagi merawat kecederaannya itu.

 Foto: FB FAM

Bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim pula turut diserang individu tidak dikenali yang mana cermin keretanya dipecahkan, dan baru-baru ini seorang pemain kebangsaan, Khuzaimi Piee turut menjadi mangsa pecah rumah di kediamannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, skuad Harimau Malaya akan ke Bishkek bagi menghadapi perlawanan kelima menentang Republik Kyrgyz pada 6 Jun sebelum kembali ke tanah air untuk aksi terakhir Kumpulan D menentang Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun 2024.

Sumber: Berita Harian (Syafiq Aznan)

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd