Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PERHEBAT Pantau Perkembangan 6,851 Pesara, 60 Peratus Veteran Telah Miliki Kerjaya – MINDEF

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) sedang memantau perkembangan kerjaya seramai 6,851 orang pesara yang telah tamat Latihan Peralihan pada tahun 2023.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkata, hasil daripada pengesanan kerjaya kedua, sebanyak 60% veteran telah mempunyai kerjaya.

Foto: Kosmo! Online

“Ia meliputi pecahan 17% bekerja dengan majikan, 23% menjadi usahawan tunas atau bekerja sendiri, 20% menjadi usahawan manakala 40% veteran sedang mencari pekerjaan.
“Sehubungan itu, PERHEBAT dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah melaksanakan Program
Recognition of Prior Experiential Learning atau RPEL yang menyediakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM),” kata MINDEF, hari ini.

Sebelum itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah merasmikan Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (RPEL) serta Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) yang bertempat di kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh, hari ini.

Sementara itu, MINDEF berkata, Mohamed Khaled telah menyampaikan Diploma Kemahiran Malaysia kepada 209 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sijil Latihan Peralihan kepada 338 bakal pesara ATM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Malay Mail

“Beliau juga turut menyaksikan pertukaran lapan Memorandum Persefahaman antara PERHEBAT dan syarikat swasta, institusi perbankan dan universiti tempatan,” ujarnya.

Tambah MINDEF, Mohamed Khaled turut memaklumkan bahawa PERHEBAT mengambil pendekatan mengenal pasti pihak industri dan melakukan pelbagai usaha padanan pekerjaan atau jobs matching secara berkesan dan meluas.

Foto: FB PERHEBAT Negeri Perak

“Perkara ini akan menjadi cara terbaik untuk menghubungkan secara terus golongan veteran dan bakal pesara ATM dengan pekerjaan yang berkualiti,” jelasnya lagi.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd