Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Arahan Joko Anwar Lepas Tapisan Malaysia, ‘Siksa’ Temui Penonton 30 Mei Ini

Filem seram Indonesia, Siksa Kubur akhirnya berjaya melepasi tapisan dan bersedia untuk ditayangkan di pawagam Malaysia sekali gus membawa penonton ke dalam satu pengalaman yang boleh membuatkan mereka percaya bahawa azab kubur adalah benar.

Menerusi artikel Kapan Lagi, filem arahan Joko Anwar ini telah mencuri perhatian orang ramai sejak ditayangkan di Indonesia, dengan plot yang mengangkat tema kehidupan selepas kematian, filem ini bukan sahaja menghadirkan ketakutan, tetapi juga memberi mesej moral yang berguna untuk penonton.

Foto: IG @siksakubur.movie

Dalam pada itu, setelah melalui beberapa kali tapisan, pihak produksi dilihat telah menukar tajuk filem kepada Siksa bagi mengelak sebarang sensitiviti di Malaysia dan bakal menemui penonton pada 30 Mei ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, menerusi akaun Instagram Come and See Pictures, filem ini telah ditonton oleh 3.9 juta penonton Indonesia, berdasarkan kemas kini terbaru dari produksi, pada hari ke-23 tayangan. Angka ini secara tidak langsung menunjukkan tingginya keghairahan pencinta filem seram di Indonesia terhadap Siksa Kubur.

Foto: IG @siksakubur.movie

Biarpun masih di bawah pencapaian filem Joko Anwar sebelum ini, Pengabdi Setan 2:  Communion yang meraih 4,206,103 penonton, Siksa Kubur dilihat masih berpeluang besar untuk melepasi 4 juta penonton.

Foto: IG @siksakubur.movie

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sinopsis filem ini mengisahkan hidup Sita yang kehilangan kepercayaan kepada agamanya. Sejak itu, matlamat hidup Sita hanyalah satu, untuk mencari orang yang paling berdosa dengan keinginan untuk bersamanya apabila dia mati di dalam kubur.

Ini bagi membuktikan bahawa azab kubur tidak wujud, dan agama tidak nyata. Namun, ada akibat buruk bagi mereka yang tidak percaya.

Sekadar makluman, filem ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Reza Rahadian, Slamet Rahardjo, Jajang C Noer, Christine Hakim dan ramai lagi.

Sumber: Kapan Lagi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Lokal

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan...

Sosial

Tular di media sosial seorang muallaf dari Papua, Indonesia yang bawa seekor babi  ke masjid untuk dijadikan korban sempena sambutan hari raya Aidil Adha....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd