Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bagi Tutup Kesan Lecuran, Kulit Paha Faisal Bakal Jadi ‘Korban’ – Doktor

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair memaklumkan bahawa kulit paha pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim akan menjadi ‘korban’ bagi menutup kesan lecuran di badan pemain berkenaan melalui pembedahan keempat pada minggu depan.

Menurut satu laporan Harian Metro, Hazwan berkata, Faisal bakal menjalani proses ‘split skin graft’ (SSG) dimana kulit di bahagian paha atau pinggul diambil untuk merawat luka akibat simbahan asid sebelum ini.

Foto: Kosmo

“Faisal menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan. Jadi dia akan mengharungi prosedur seterusnya pada minggu depan di mana kita akan buat SSG. Insya-Allah proses itu akan dilakukan jika tiada halangan.
“Itu (pemilihan bahagian kulit) bergantung kepada pemeriksaan pakar bedah nanti. Banyak perkara perlu diambil kira antaranya kawasan kulit yang mana yang lebih sesuai dan sihat, jadi ia diputuskan oleh pakar sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan bahagian kulit itu akan ditentukan oleh pakar, namun biasanya diambil di paha kerana SSG adalah proses ‘mencukur’ kulit normal dan sihat dengan begitu nipis dan digunakan bagi menutup kulit yang sudah rosak ataupun tidak boleh pulih susulan kecederaan seperti luka kebakaran ataupun abnormaliti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hazwan turut memberitahu bahawa pembedahan keempat yang bakal dilalui Faisal nanti mungkin menjadi pembedahan terakhir selepas berjaya melalui tiga pembedahan sebelum ini.

Foto: football-tribe.com

“Berdasarkan kata pakar, buat sementara waktu, itulah (empat pembedahan) yang dirancang. Tiada kata lagi mengenai prosedur tambahan kerana kita kita lihat perkembangan Faisal juga. Apapun, perkembangan Faisal sangat memberangsangkan,” ujarnya.

Sebelum ini, Faisal menjalani pembedahan ketiga melibatkan ‘skin allograft’ atau tampalan kulit yang diimport dari Belgium bernilai lebih RM30,000 digunakan sebagai pelindung sementara pada Khamis lalu.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan kuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus yang...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu turunkan bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera Sabah dan Sarawak. Memetik...

Lokal

Restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) masih beroperasi di United Kingdom walaupun kebanyakan perniagaannya telah ditutup di Malaysia. Foto: Facebook GISB...

Lokal

Khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Melaka mencetuskan konflik apabila slaid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menampilkan gambar ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd