Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nak Tubuh Pasukan Bola? Mahalini Terkejut Rizky Febian Mahu 12 Cahaya Mata

Penyanyi popular Indonesia Mahalini  Raharja terkejut apabila suaminya, Rizky Febian meluahkan hasrat untuk memiliki 12 cahaya mata seperti pasukan bola sepak.

Menerusi temu bual di Youtube SL Media, dapat dilihat Rizky atau nama sebenarnya Rizky Febian Adriansyah Sutrisna mendedahkan keinginannya itu ketika melakukan proses adat Sunda seusai upacara akad nikah dilaksanakan.

Dalam video itu, kelihatan pengacara majlis berkenaan bertanya kepada Rizky berhubung jumlah anak yang diinginkan sebelum  berseloroh dengan memberi gambaran untuk memiliki anak seramai 11 orang seperti pasukan bola termasuk seorang sebagai pemain gantian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG Rizky Febian

“Saya nak 11 orang termasuk satu pemain simpanan,” katanya sambil ketawa.

Setelah mendengar jawapan tersebut, isterinya yang juga pelantun lagu Bohongi Hati itu kelihatan terkejut lalu memukul manja serta memberikan jelingan kepada Rizky.

Walau bagaimanapun, Rizky kemudiannya menukar jawapan dengan menyatakan bahawa dia hanya menginginkan dua cahaya mata sama seperti Mahalini yang memberi isyarat dua jari kepada pengacara majlis tersebut.

“Saya cuma bergurau. Dua cahaya mata sahaja sudah cukup,” ujarnya.

Lelaki yang menemu bual kedua-dua penyanyi ini kemudiannya menjumlahkan jawapan mereka untuk memiliki empat orang anak dan Rizky sekali lagi dilihat bersetuju dengan kata-kata pengacara terbabit.

Foto: IG Mahalini

Sekadar info, Rizky dan Mahalini sah bergelar suami isteri pada 10 Mei lalu dan majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta sahabat terdekat itu telah diadakan di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Youtube SL Media

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd