Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima dilaporkan mengalami kecederaan selepas jatuh tergelincir dari tingkat lima ketika memanjat tembok untuk cuba memasuki rumahnya yang berkunci di Putrajaya, petang Ahad.
Menurut satu laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan laporan berkenaan sekali gus memaklumkan kejadian itu berlaku di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau, Presint 11, Putrajaya kira-kira 5.30 petang.
Foto: MalaysiaGazette
“Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.
“Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibu mangsa yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok,” katanya.
Asmadi berkata, mangsa merupakan anak kepada seorang pegawai polis dan keadaannya kini dilaporkan stabil namun masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya kerana terdapat pendarahan di kepala mangsa.
Foto: sujood.net
Beliau juga berkata, pembedahan akan dijalankan sekiranya terdapat respons yang baik oleh mangsa.
Sumber: Buletin TV3